Salam sejahtera, Apakah ejaan yang betul untuk Constantinople (Istanbul)? Terima kasih | Ejaan yang betul ialah Constantinople. Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk Constantinople ialah Konstantaniah (bidang Sejarah.) | Ejaan | 09.11.2012 |
Selamat sejahtera, Adakah terdapat ejaan bahasa Melayu bagi perkataan Constantinople? Terima kasih. | Berdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), padanan bahasa Melayu bagi perkataan “Constantinople” ialah Konstantaniah. | Makna | 19.08.2022 |
1. Nama-nama bandar di seluruh dunia ada yang menggunakan abjad yang bukan latin seperti [Muñiz] untuk terjemahan kepada Bahasa Melayu apakah abjad itu ditukar kepada latin atau dikekalkan 2. Ada tak apa-apa panduan untuk buat terjemahaan nama-nama bandar di seluruh dunia kepada Bahasa Melayu sebagai contoh constantinople > konstantaniah bagaiaman terjemahan [constantinople > konstantaniah] dibuat, ada tak peraturan khas untuk buat terjemahan sebegini | Salam sejahtera, Nama-nama tempat dikategorikan sebagai Kata Nama Khas. Kata Nama Khas merujuk kepada orang, tempat, benda yang khusus. Perkataan ini tidak boleh diubah ejaannya walaupun bukan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, Ejaan yang asal perlu dikekalkan agar tidak membawa maksud yang berbeza. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Sekian, terima kasih. | Pengembangan | 03.03.2020 |