| Salam. Saya sedang mencari terjemahan yang tepat untuk genre 'gritty crime drama'. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi 'gritty crime drama' masih belum ada dalam pangkalan data kami, walaubagaimanapun cadangan pihak kami bagi maksud 'gritty crime drama' ialah drama jenayah kejam | Istilah | 07.04.2017 |
| Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Inggeris ini: "crime scene investigation"? Terima kasih. Sumber: https://youtu.be/lz4qaTPn8ew | Cadangan padanan istilah bahasa Melayu bagi "crime scene investigation" ialah penyiasatan saintifik kejadian jenayah. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.10.2015 |
| Apakah terjemahan bagi transnational crime yang sesuai? Jenayah rentas sempadan, jenayah transnasional, jenayah rentas negara? | Dalam sumber rujukan kami, transnational diterjemahkan kepada rentas negeri/negara. Walau bagaimanapun dalam konteks tertentu rentas sempadan juga boleh digunakan. Oleh itu, terjemahan jenayah rentas negara atau jenayah rentas sempadan boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.12.2017 |