Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata DI DI-

Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Di dalam kendi berisi bunga;
Gilalah mabuk kerana budi,
     Di dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Di mana api padam,
     di situlah (= di sanalah) puntung tercampak;
di mana periuk pecah,
     di situlah tembikar tinggal.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan.

 

Lihat selanjutnya...(734)

501

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung !

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(139)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya panas di sana jadi saya datang untuk duduk di sini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya duduk di sini kerana di sana panas." atau "Di sana panas, jadi saya duduk di sini."Lain-lain07.12.2022
Benarkah semua mahu letak di hadapan ayat, kesemua mahu letak di belakang ayat? Cth: semua guru guru kesemua Betulkah contoh-contoh di atas?

Kata “semua” dan “kesemua” boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir ayat mengikut kesesuaian konteks ayat, contohnya:

i.    1. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dewan.
2. Masukkan semua barang ke dalam beg dan simpan di dalam stor. 
3. Perhiasan tersebut dibuat daripada emas semua.
4. Kesemua persoalan itu tidak henti-henti bermain dalam kepalanya.
5. 
Dia akan memastikan kesemua pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.
6. Bunga itu merah kesemua.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2034 - 2035.

i

iv

Tatabahasa22.08.2023
di hargai atau dihargai diseluruh atau di seluruh? apakah jenis kesalahan tatabahasa di atas?

Awalan “di” boleh berfungsi sebagai kata sendi nama dan imbuhan. Awalan “di” sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti “di” Kuala Lumpur dan “di” rumah serta dieja terpisah. Awalan “di” sebagai imbuhan atau “di” yang bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama dieja rapat, contohnya dibekukan, ditulis, dijerat dan dihukum. 

 

Oleh yang demikian, penggunaan awalan “di” yang betul ialah “dihargai” dan “di seluruh”.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 176 dan 265-266.

Tatabahasa19.04.2024
di balik tabir atau di sebalik tabir? Yang mana satukah penggunaan yang tepatKedua-duanya boleh digunakan sama ada di balik tabir atau di sebalik tabir.  Tetapi kebiasaan yang digunakan ialah di sebalik tabir.Lain-lain23.02.2023
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. Soalan Saya mahu salinan MC untuk saya simpan di dalam fail. Ayat ini betul ke?

Ayat yang betul ialah Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail.

Tatabahasa31.03.2023
Salam sejahtera. Manakah antara berikut ayat yang betul? Para Pelajar berada di dalam kelas semasa insiden itu berlaku. ATAU Para pelajar berada di kelas semasa insiden itu berlaku. Mohon pencerahan berhubung panduan penggunaan "di" dan "di dalam". Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah "Para pelajar berada di dalam kelas semasa insiden itu berlaku".

Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala, "di dalam" merupakan kata arah yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 286.

Tatabahasa29.11.2023
Salam Sejahtera, bolehkah tuan/puan jelaskan kepada saya perbezaan penggunaan imbuhan "di-..." dan "di-...-kan"? Sebab saya lihat ada orang guna ...diberi... kadang kala ...diberikan... Mohon pencerahan.

Kedua-dua perkataan yang menerima imbuhan awalan di- dan apitan di-...-kan merupakan kata kerja pasif.

Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama. Contohnya, ditulis, dipanjat, diolah, dihukum, dipanah dan diserkap.

Kata kerja yang dibentuk dengan awal di- ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga. Contoh ayat seperti yang berikut:

  1. Surat itu ditulis oleh adik saya.
  2. Kereta rosak itu ditarik ke bengkel.

Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi imbuhan apitan meN-...-kan. Ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan –kan.

Contoh apitan di-...-kan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

  1. Sebuah buku diberikan kepada adik oleh rakannya.
  2. Kenyataan itu dinafikan oleh orang tuanya.
  3. Rasuah cuba dihapuskan oleh kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 175 dan 202.

Tatabahasa15.06.2025
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)?

Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif.

Tatabahasa29.03.2023
Bolehkah kita menggunakan perkataan Agong sahaja tanpa gelaran Yang di-Pertuan di hadapan perkataan Agong dalam penulisan artikel pendek?Dalam perspektif penulisan artikel sama ada pendek atau panjang, gelaran Yang di-Pertuan perlu diletakkan di hadapan perkataan Agong sebagai merujuk pada panggilan hormat.Lain-lain31.07.2024
Kenapa keislaman dieja dalam jawi, hamzahnya berada di bawah bukan di atas کإسلامن - إسلام

Perkataan keislaman seperti di atas dieja mengikut bentuk ejaan asal dengan huruf hamzah dikekalkan di bawah. Hal ini berbeza dengan perkataan lain yang dieja mengikut Hukum Sekedi - hamzahnya di atas alif.
Ejaan03.12.2024
12345678910...

Kembali ke atas