Apakah terjemahan bagi post-nominal? Post-nominal ini yang singkatan darjah kebesaran yang dikurniakan selepas nama orang. Contohnya DK. | Post-nominal bermaksud darjah kebesaran, sementara 'DK' merupakan singkatan darjah kebesaran. | Makna | 24.03.2018 |
Tolong menyemak banting ini. | Pembetulan: 1. Lelaki dan Wanita 2. Senior Moulding Executive - Eksekutif Pengacuan Kanan 3. Negeri Sembilan DK, Selangor DE 4. Tel. (mesti ada titik), Faks 5. Printed by - Dicetak oleh 6. Managed by - Diuruskan oleh Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Tatabahasa | 01.07.2015 |
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT | Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah: 1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan) 2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan) 3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan) 4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor) 5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211. Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk. | Lain-lain | 21.09.2011 |