Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauh­nya) ke tengah dr tepi atau pinggir se­suatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ mak­na­nya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasuk­kan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg ber­kaitan dgn atau terbatas pd ling­kungan se­suatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ ke­luarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian seleng­kapnya: baju ~; seluar ~; ~ ber­selam, dang­kal (cetek) berjingkat (ber­timba) prb berpada dgn yg sedikit; sedalam mencapai dalam atau sehingga dalam­nya (sebagaimana yg dinyatakan): di­galinya lubang ~ kira-kira dua meter;sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;berdalam-dalam makin menjadi dalam (me­rebak, meluas, dsb), menjadi-jadi; mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan ter­perinci dgn mempelajari (mengkaji, menye­lidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadi­kan lebih sempurna atau terperinci (penge­tahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya;mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = mem­per­dalam ki menjadikan lebih dalam (pela­jaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan pro­fesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran pro­fesion;dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg di­andaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam;pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpe­ngaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;pendalaman perihal mendalamkan, tindak­an (proses dll) mendalamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi; ~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; ~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl istana, kawasan istana raja; bahasa ~ bahasa yg digunakan di kalangan raja atau golongan istana (spt beradu, santap, dll); budak ~ pesuruh raja; kedalaman sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; bahasa ~ bahasa kehormatan utk raja-raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian atau ruang di balik bahagian yg di luar: Rumah itu ~nya sangat bersih. 2 kedudukan sesuatu tempat yg terpisah oleh jarak tertentu dr tepi; tengah: Semakin ke ~ dia pergi, semakin banyak dia menemukan rotan yg baik-baik. 3 batin: Orang itu kelihatan baik, tetapi ~nya siapa yg tahu. ~ talian ist 1 keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama komputer. 2 perihal bolehnya pengguna berinteraksi secara langsung dgn menggunakan komputer. ~ tangan sudah tentu dpt. dalaman 1 isi perut (spt hempedal, hati, paru-paru). 2 berkaitan dgn sesuatu pihak, organisasi itu sendiri: urusan ~. pedalaman daerah yg jauh (di darat) dr pantai atau dr bandar: Padi huma banyak ditanam di ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 mengenai; tentang; berkenaan dgn: Dia memang pakar ~ hal itu. 2 selama masa tertentu; pd waktu tertentu: ~ masa dua jam lagi, ia akan sampai. 3 di kalangan; di antara: ~ mereka yg ramai itu, ada yg pandai bermain piano. 4 mengalami; ditimpa: Para nelayan ~ keadaan susah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 jauh ke bawah dr permukaan: Perigi itu sangat ~. Lukanya agak ~. 2 ki penuh atau berisi (ttg ilmu): Beruntunglah orang yg berguru dgn seseorang yg ~ ilmunya. 3 ki hingga ke lubuk hati (ttg cinta, penderitaan dll): Kasih ibu terhadap anaknya sangat ~. 4 tidak mudah difahami: Yg diperkatakannya itu mempunyai erti yg ~. mendalam 1 bertambah dalam; menjadi dalam: Lukanya kian ~ kerana tidak diubati. 2 teliti (sempurna, luas dll): Pengetahuannya ttg sastera Melayu sungguh ~. 3 lebih melarat (penyakit); lebih dalam, kuat, kukuh (bkn perasaan): Perasaan bencinya terhadap bangsa asing sungguh ~. mendalami berusaha supaya mengetahui (memahami, mengerti) dgn teliti atau dalam: Beliau ingin ~ bidang pertanian. Dia mencuba ~ hati kawannya itu. mendalamkan 1 menjadikan dalam: Kuli itu sedang ~ parit di tepi jalan. 2 meluaskan atau mengkaji dgn teliti ttg sesuatu ilmu: Dia pergi ke London utk ~ pengetahuannya dlm bidang perubatan. memperdalam 1 menjadikan lebih dalam: Orang-orang kampung bergotong-royong ~ telaga itu. 2 berusaha supaya mengetahui (memahami) dgn lebih teliti: Dia ~ ilmu yg dipelajarinya itu. kedalaman keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. pendalaman perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Dalam

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(394)

33

Death before dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Merujuk kepada perkara berikut: 'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Bolehkah kata sendi 'di dalam' digunakan untuk ruang dalam komputer, contohnya folder. Contoh ayat: Sila simpan fail itu di dalam folder baharu. Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera,

Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Komputer adalah sebahagian daripada alat yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan ayat yang betul ialah, Sila simpan fail itu dalam folder baharu. Sekian, terima kasih.
Pengembangan29.01.2020
Mohon penjelasan pihak Tuan/Puan berkenaan padanan perkataan “within” diterjemah sebagai “dalam” atau “di dalamdalam konteks ayat seperti yang berikut: 1. Any cause or matter within its jurisdiction shall have full force and effect and may be served and executed anywhere within Malaysia; 2. A Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any civil or criminal cause or matter arising within the local limits of jurisdiction assigned to it; dan 3. if issued or made by a Magistrates’ Court, be signed by a Magistrate of either class within the local limits of whose jurisdiction the Court is situate.

Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam.
Tatabahasa13.03.2020
Mohon penjelasan pihak Tuan/Puan berkenaan padanan perkataan “within” diterjemah sebagai “dalam” atau “di dalamdalam konteks ayat di atas. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: 2.1 Any cause or matter within its jurisdiction shall have full force and effect and may be served and executed anywhere within Malaysia; 2.2 A Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any civil or criminal cause or matter arising within the local limits of jurisdiction assigned to it; dan 2.3 if issued or made by a Magistrates’ Court, be signed by a Magistrate of either class within the local limits of whose jurisdiction the Court is situate. Sekian, terima kasih.Perkataan "within" diterjemah sebagai "dalam".Makna06.03.2020
Tuan/Puan, Mohon penjelasan pihak Tuan/Puan berkenaan dengan padanan perkataan “within” diterjemah sebagai “dalam” atau “di dalamdalam konteks ayat di bawah: 1. Any cause or matter within its jurisdiction shall have full force and effect and may be served and executed anywhere within Malaysia; 2. A Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any civil or criminal cause or matter arising within the local limits of jurisdiction assigned to it; dan 3. If issued or made by a Magistrates’ Court, be signed by a Magistrate of either class within the local limits of whose jurisdiction the Court is situate. Sekian, terima kasih.Sila berikan terjemahan bahasa Melayu yang lengkap bagi ayat yang dinyatakan untuk kami bantu.Lain-lain03.03.2020
1. Di dalam kluster atau dalam kluster 2. Di kalangan atau dalam kalangan atau di dalam kalanganJawapan yang betul ialah dalam kluster dan dalam kalanganTatabahasa13.06.2020
1. Istilah Bahasa Melayu bagi "win win situation" 2. Penggunaan kata sendi nama; di dalam kluster atau dalam kluster 3. Penggunaan kata sendi nama; di kalangan atau dalam kalangan atau di dalam kalanganSalam sejahtera, 1. win-win situation- situasi sama menang 2. dalam kluster 3. dalam kalangan Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.Tatabahasa22.06.2020
Salam, Manakah lebih gramatis: Nota: Huruf besar untuk penekanan sahaja. (1a) "... DI DALAM ayat tersebut ..." ATAU "... DALAM ayat tersebut ..." (1b) "... DI DALAM minda kita ..." ATAU "... DALAM minda kita ..." (2) " ... implikasi yang menakutkan IALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ....", ATAU " ... implikasi yang menakutkan ADALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...." Mohon sedikit penjelasan. Terima kasih

a)    Penggunaan kata sendi nama “di dalam” - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama  yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama “dalam” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Jawapannya "dalam ayat" dan "dalam minda kita".

 

b)    Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata "bahawa"  ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha. Jawapannya: " ... implikasi yang menakutkan adalah dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...."

Tatabahasa26.07.2020
Assalamualaikum. Soalan saya: Adakah nama khas dalam bahasa Inggeris perlu dimiringkan atau diletakkan tanda petik tanpa perlu dimiringkan dalam ayat bahasa Melayu, contohnya: Pelawat dari Brunei Darussalam Tropical Biodiversity Centre telah diraikan dalam... Sekian, terima kasih.Pelawat dari Brunei Darussalam Tropical Biodiversity Centre telah diraikan dalam... . Nama khas dalam bahasa Inggeris dalam ayat tersebut tidak perlu dimiringkan atau diletakkan tanda petik.Lain-lain05.07.2019
Saya ingin mengesahkan penggunaan perkataan apa yang sesuai dalam konteks ayat ini sama ada 'di' atau ' dalam': KEPERCAYAAN DAN AMALAN PENGAJARAN GURU 'DI'/'DALAM' PROGRAM SEKOLAH WAWASAN TERHADAP PENYEPADUAN NILAI TEKNOLOGI sebelum ini saya menggunakan perkataan di bagi menunjukkan program sekolah wawasan tu sebagai tempat...sekiranya saya menggunkan 'di' adakah betul dri segi tatabahasa? Terima kasih

Penggunaan kata dalam menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam

 kehidupan. Manakala penggunaan kata sendi nama di - digunakan khusus di

 hadapan kata nama atau frasa nama  yang menunjukkan tempat. Maka ayat yang betul ialah

KEPERCAYAAN DAN AMALAN PENGAJARAN GURU DALAM PROGRAM SEKOLAH WAWASAN TERHADAP PENYEPADUAN NILAI TEKNOLOGI

 

Tatabahasa13.03.2020
Bagaiamana untuk menggunakan nombor / satu tempoh dalam syarat-syarat / dalam borang yang digunakan sebagai Panduan Umum sesuatu permohonan Contoh : 3.Borang Ini Perlu Diisi Lengkap Dan Dihantar Ke Jabatan Pengurusan Dan Sumber Manusia Dalam Tempoh EMPAT BELAS (14) HARI Dari Tarikh Bencana.Nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja nombornya (boleh juga meletakkan nombor dalam kurungan) atau kedua-duanya sekali, manakala nombor 10 dan ke atas hendaklah dieja.

Contohnya:  Borang Ini Perlu Diisi Lengkap dan Dihantar ke Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia dalam Tempoh 14 hari dari Tarikh Bencana.
Ejaan13.02.2020
12345678910...

Kembali ke atas