Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah:
 
1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya
2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan
3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh
4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan
5. Cybersecurity - Keselamatan Siber
6. Systems Integration - Sistem Bersepadu
7. Internet of Things - Internet Benda
8. Simulation - Simulasi
9. Advanced Materials - Bahan Termaju
10. Autonomous Robots - Robot autonomi
11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam
12. enabling technologies - Teknologi pemboleh
Terima kasih
Makna03.10.2018
As'salam. Saya ingin meminta bantuan pihak tuan/pun untuk memastikan bagi terjemahan perkataan yang berikut adalah tepat 1. Cybersecurity - Keselamatan siber 2. Autonomous robots - Robot automatik 3. System integration - Integrasi sistem 4. Internet of things - Internet benda 5. Simulation - Simulasi 6. Additive manufacturing - Pembuatan bahan tambah 7. Cloud computing - Pengkomputeran awan 8. Augmented Reality - Realiti perantara 9. Big data - Data raya Harap pihak tuan/puan dapat membantu. Terima kasihSemua padanan bahasa Melayu adalah betul kecuali nombor 2, 3 dan 8 (2. Autonomous robots - Robot berautonomi;  3. System integration – Persepaduan sistem dan 8. Augmented Reality - Realiti terimbuh).Istilah19.07.2018
TERJEMAHAN TEPAT BAGI INISIATIF: BIG DATA DAN OPEN DATA PIHAK KAMI TELAH TERJEMAHKAN SEBAGAI: DATA RAYA DAN DATA TERBUKA ADAKAH MEMATUHI NAHU BAHASA MELAYU. MOHONKHIDMAT NASIHATCadangan kami Big Data dan Open Data diterjemahkan kepada Data Besar dan Data Terbuka.Penyemakan dan penterjemahan16.01.2015
Mohon perincian tuan mengenai penggunaan/fungsi/maksud bagi empat perkataan yang saya temui dalam Kamus Carian kata DBP. 1. bandaraya (bandaraya tropika) 2. bandar raya (bandar raya perindustrian) 3. perlantikan (appoinment) 4. pelantikan (pertabalan)Dalam buku Daftar Istilah Kewangan yang diterbitkan pada tahun 2001 tropical city diterjemahkan kepada bandar raya tropika dan bandar raya sememangnya dieja dua perkataan, berkemungkinan terdapat kesilapan sewaktu proses memindahkan data tersebut. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan appointment diterjemahkan kepada pelantikan (bukan perlantikan) dan pelantikan itu sendiri boleh digunakan untuk merujuk perihal/perbuatan melantik.Tatabahasa12.04.2008
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk istilah berikut: a) user-pay - konteks ayat: projek lebuh raya berkonsep 'user-pay' - pengguna lebuh raya yang akan menyumbang kepada hasil kutipan pengendali lebuh raya. b) more interconnected - konteks ayat: keadaan ekonomi dan hubungan dagangan dunia Sekian, terima kasih.Istilah user-pay dan more interconnected masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan bagi terjemahan user-pay ialah bayaran pengguna manakala more interconnected pula ialah saling berkait atau  saling berhubung.  Istilah12.10.2018
Saya amat keliru dengan beberapa nama bazar atau pasar larut malam yang menggunakan nama seperti Damansara Uptown (di pinggir bandar raya Kuala Lumpur), Kota Bharu Uptown (di pusat bandar raya Kota Bharu), dan Downtown Kubang Kerian (juga di Kota Bharu). Sebenarnya apakah istilah yang paling tepat untuk bazar atau pasar larut malam? "Uptown" atau "downtown"?

Mengikut data DBP, istilah “uptown” dalam bidang geografi merujuk pada “pinggir bandar”. Manakala “downtown” merujuk pada “pusat bandar raya” dalam istilah sains politik dan geografi, dan “pusat bandar” untuk istilah pelancongan.  Daripada pemerian ini, penggunaan dalam masyarakat menggunakan “Uptown” untuk bazar yang terletak di pinggir bandar, manakala sekiranya bazar di kawasan pusat bandar akan dinamai “Downtown”. Namun demikian, istilah “uptown” dan “downtown” untuk merujuk bazar larut malam belum dimasukkan sebagai entri Kamus.  

Istilah19.03.2014
"Setiap pengguna jalan raya perlu saling menghormati. Justeru, sebarang perkara yang tidak diingini dapat dielakkan." Adakah penggunaan perkataan "justeru" gramatis dalam ayat di atas?Justeru membawa maksud kebetulan atau malahan, untuk melihat contoh penggunaan yang betul sila rujuk laman web kami. berdasarkan contoh yang ada dalam data kami, justeru digunakan bagi yang membawa maksud bertentangan dengan ayat psebelumnya.Tatabahasa16.10.2014
Salam sejahtera. Penggunaan yang manakah yang betul? 'Banyak orang' atau 'ramai orang'?Menurut data kami, rangkai kata ramai orang dan banyak orang kedua-duanya betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.Tatabahasa29.06.2019
boleh tak sekiranya "lintasan pejalan kaki berisyarat" disingkatkan menjadi "lintasan pejalan kaki" sahaja? . adakah tanpa "berisyarat" maksudnya juga berubah? terima kasih.Salam sejahtera,

Data kami memberi tafsiran lintasan pejalan kaki ialah Laluan yang dikhaskan untuk pejalan kaki melintas jalan raya di depan lampu isyarat. Jika konteks ayat yang diberikan oleh tuan sama dengan tafsiran melalui data kami, tuan boleh menggunakannya.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain13.09.2017
apakah perbezaan kata majmuk dengan kata ganda?

Menurut data kami kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya  kerusi malas ialah katamajmuk kerana tidak dapat disisipkan  unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. 

Manakala kata ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. 

Tatabahasa22.07.2018
12

Kembali ke atas