Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gerakan kembang kempis atau de­baran jantung; ~ nadi gerakan nadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Denyut jantung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum... Boleh saya tahu, adakah ayat "Semoga dipermudahkan segala urusan" salah? Sebab saya ada tengok tiktok Zack Kirana yang cakap perkataan "dipermudahkan" ni salah dari segi tatabahasa.. Yang betul hanyalah "Semoga dipermudah segala urusan". Satu lagi, adakah "denyut jantung" salah? Adakah denyut hanya digunakan untuk nadi sahaja? Jantung hanya boleh guna "degup" sahaja ke? Bolehkah pihak tuan berikan penjelasan berkaitan isu ini? Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah "Semoga dipermudah segala urusan" kerana kata adjektif "mudah" menerima apitan memper- (aktif) dan diper- (pasif), bukan apitan memper-...kan/diper-...-kan.

2.  Denyut bermaksud gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); dan degup bermaksud bunyi seperti bunyi denyutan jantung yang keras. Berdasarkan makud ini frasa denyut jantung dan degup jantung, kedua-duanya betul. 
Lain-lain23.07.2022
Salam Keluarga Malaysia. Adakah frasa “denyut jantungku berdebar” mempunyai kesalahan dari aspek tatabahasa? Hal ini kerana berdasarkan pemahaman saya daripada rujukan definisi di DBP: BUNYI debaran jantung dirujuk sebagai degup. PERGERAKAN debaran jantung dirujuk sebagai denyut. Berdebar pula merujuk kepada pergerakan.Frasa tersebut betul.Makna24.07.2022
Sila terangkan maksud perkataan 'berdenyut-denyut' dalam ayat berikut? 1) Kaki Ali yang bengkak akibat penyakit kencing manis itu berdenyut-denyut.Maksud perkataan berdenyut ialah  mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (seperti gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dan lain-lain): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya men­denyut menahan kemarahannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berdenyutTatabahasa07.12.2015
Berdasarkan dua ayat di bawah ini, ayat manakah yang paling tepat: 1. Degup jantungku berdebar 2. Denyut jantungku berdebarBerdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM),  "degup" bermaksud bunyi seperti bunyi denyutan jantung yang keras manakala "denyut" bermaksud gerakan kembang kempis atau debaran jantung. Justeru, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan.Makna22.07.2022

Kembali ke atas