| Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya, Soalan perihal sektor Semikondutor, Untuk nama-nama terma, Custom Layout, Physical Design, Design & Verification, Post-Silicon Validation, Field Programmable Gate Array (FPGA) Emulation & Prototyping, Computer-Aided Design, Design Automation, Packaging & Testing, Embedded System, Integrated Circuit (IC), Circuit Design apakah terjemahan rasmi dalam Bahasa Melayu kepada nama-nama terma yang saya senaraikan tadi? Saya dahulukan dengan jutaan terima kasih atas kesudian menerima & menjawab soalan saya Tuan/Puan :) | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.08.2024 |
| Salam, mohon berikan terjemahan istilah berikut: 1. Convergent Parallel Mixed-Methods Design 2. Explanatory Sequential Design 3. Exploratory Sequential Design 4. Triangulation Design 5. Embedded Design | Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau teks bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan terjemahan yang bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.12.2023 |
| Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Intelligent Design"? dan apa pula terjemahan sesuai untuk "Unintelligent Design"? | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, istilah berikut boleh digunakan: 1. Intelligent Design: Reka Bentuk Pintar 2. Unintelligent Design: Reka Bentuk Tidak Pintar | Istilah | 17.04.2021 |
| Apakah terjemahan untuk '...breathable design'? Adakah rekaan boleh nafas diterima? | Tidak ada maklumat tentang breathable design dalam pangkalan data kami. Design diterjemahkan kepada reka bentuk dan breathable ialah nafas/bernafas atau udara bergantung pada konsep penggunaannya. Sila maklumkan kepada kami konsep breathable design untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2017 |
| Istilah DBP untuk Green Graphic Design atau Green Design | Istilah tersebut boleh diterjemah secara literal iaitu, Reka Bentuk Grafik Hijau dan Reka Bentuk Hijau | Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2018 |
| saya nak tahu maksud interior design | Interior design bermaksud reka bentuk dalaman. | Istilah | 14.02.2008 |
| untuk design | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 23.05.2018 |
| graphic design Perkhidmatan Kreatif dan Grafik | reka bentuk grafik Perkhidmatan Multimedia dan Grafik | Tatabahasa | 02.12.2008 |
| Mohon kelulusan design | Salam sejahtera, Tuan, Sila buat permohonan melalui http://dbpsahbahasa.my/. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 26.01.2019 |
| MB Intreior Design | Pembetulan: 1. PERKHIDMATAN UBAH SUAI DAN HIASAN DALAMAN 2. TEL. Selepas dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 12.08.2015 |