Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan kata seperti: 1) bandaraya Kuala Lumpur 2) negeri Ipoh 3) kereta proton waja 4) dewan orang ramai perlu ditulis dengan huruf besar pada permulaan setiap perkataan? Cth: Bandaraya Kuala Lumpur? Saya terkeliru . Saya tahu jika kata nama itu diikuti dgn nama khas maka perkataan tersebut atau seiringan dgnnya perlu ditulis dgn huruf besar. Tapi adakah terdapat pengecualian? Perkataan apa dan bagaimana?TQ Bagaimana sepatutnyaSdr. sowlili76,pegangan sdr. itu betul. jangan ragu-ragu lagi. Terima kasih.Tatabahasa06.08.2007
Banyak orang/Ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. ramai orang betul atau banyak orang betul? atau kedua-duanya betul? apa rasionalnya?

Banyak/ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. Banyak dan ramai kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Dalam Kamus Dewan, banyak sama makna dengan bukan sedikit, tidak sedikit seperti orang dan sebagainya.

Tatabahasa04.09.2008
maksud dataran dan maksud orang ramai.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dataran bermaksud kawasan(tempat,tanah) yang datar. Maksud orang ramai ialah khalayak ramai, orang banyak,umum.   Makna25.07.2008
Mana satukah ayat yang betul? (a) Orang ramai mengibarkan bendera Malaysia sebaik-baik sahaja pelawat itu tiba. (b) Orang ramai mengibaskan bendera Malaysia sebaik-baik sahaja pelawat itu tiba.Penggunaan perkataan yang tepat ialah mengibarkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, mengibarkan bermaksud menaikkan (bendera dll) supaya berkibar: Pd hari itu, bendera dikibarkan di setiap rumah.Tatabahasa02.04.2014
Apakah beza antara "perkhidmatan" dan "khidmat", dan bagaimanakah cara penggunaannya?Khidmat membawa maksud kerja, usaha atau kemudahan untuk kepentingan orang ramai. Contoh ayat - Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan khidmat Nasihat Bahasa kepada orang ramai. Manakala, perkhidmatan pula perbuatan atau hal berkhidmat. Contoh ayat- Tempoh perkhidmatannya akan tamat pada akhir tahun hadapan.Lain-lain23.01.2014
beza penggunaan 'ramai' & 'banyak'. bina sebanyak ayat menggunakan perkataan 'ramai'Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Contohnya i. Ramai/banyak orang berkumpul di dalam dewan itu. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum.Tatabahasa26.01.2009
Saya ingin tahu tentang penggunaan "banyak" dan "ramai" untuk orang. Kalau mengikut tatabahasa yang saya pelajari dahulu, banyak adalah untuk benda, ramai untuk orang, tetapai sekarang saya diberitahu banyak juga boleh digunakan untuk orang. Minta penjelasan. Terima kasihMengikut Kamus Dewan, maksud 'banyak' ialah bukan sedikit, tidak sedikit:contoh ayat banyak orang yg mempunyai cita-cita tinggi. 'ramai'. Maksud ramai pula ialah riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ramai, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ramai.Oleh hal yang demikian, kedua dua perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks penggunaannya.Makna30.06.2009
SOALAN 1 Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 4:08pm Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas JAWAPAN DARIPADA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jul 10th, 8:43am Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. Terima kasih SOALAN DITANYA SEMULA Ahmad Aiman Nordin Jul 11th, 1:08pm Tuan...bolehkah tuan bagi pencerahan knpa jawapan A?senang jika anak.murid sya bertanya...saya ada bertanya kepada beberapa orang munsyi bahasa...ada yang menjawab A dan C...Suasana di pantai hiruk-pikuk tatkala orang ramai berduyun-duyun ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa11.07.2015
Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan ramai dan banyak ?Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Contohnya i. Ramai/banyak orang berkumpul di dalam dewan itu. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum.Tatabahasa29.10.2008
dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial.Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramaiorang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan.Istilah01.11.2012
12345678

Kembali ke atas