Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Dewan Serbaguna


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beg serbaguna (atau holdall dalam bahasa Inggeris) terdapat dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bolehkah "Dewan Serbaguna" digunakan dalam bahasa Melayu?Dewan Serbaguna telah banyak dinamakan bagi bangunan untuk kegunaan awam.Istilah06.09.2011
salam sejahtera, Apakah penggunaan yang betul bagi perkataan suatu, satu dan sebuah dalam ayat berikut, _____________majlis perkahwinan telah diadakan di dewan serbaguna itu.Tidak perlu penjodoh bilangan bagi majlis, memadai dengan majlis perkahwinan telah diadakan di dewan serbaguna itu. Tatabahasa01.08.2012
Istilah dan kegunaan Dewan SerbagunaDewan Serba Guna merupakan balai (ruang) tempat diadakan sesuatu. Dewan ini mempunyai pelbagai kegunaan.Istilah02.04.2007
Terima kasih atas jawapan berkaitan perkataan "dewan serbaguna". Kami yang pernah mengikuti kursus bahasa Melayu yang dianjurkan oleh DBP telah diajar; terdapat 15 perkataan kata majmuk yang disatukan, iaitu: 1. Antarabangsa 2. Beritahu 3. Bumiputera 4. Jawatankuasa 5. Kakitangan 6. Kerjasama 7. Olahraga 8. Setiausaha 9. Sukarela 10. Suruhanjaya 11. Pesuruhjaya 12. Tandatangan 13. Tanggungjawab 14. Warganegara 15. Matahari Soalan saya: a. Mengapa "serbaguna" tidak tersenarai? b. Ada perkataan selain daripada 15 yang tersebut? c. Jika ada, bolehkah saya dapat senarai penuh (kata majmuk yang boleh disatukan) Sekian, terima kasih. Paul ChaiSerbaguna sebagai padanan "multipurpose" dalam bahasa Melayu dan dianggap sebagai istilah khusus dalam bidang Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Dalam bentuk kata umum kita menerimanya sebagai satu perkataan, walau bagaimanpun kata ini tidak dikategorikan sebagai kata majmuk yang telah mantap.Tatabahasa09.09.2011
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantunganEjaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini.Ejaan15.10.2008
definisi sebenar kemudahan awam dan cara mengatasi gejala merosakkan kemudahan awamKemudahan awam bermaksud prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan di tempat awam seperti tandas, telefon, tong sampah, tempat berteduh bagi pejalan kaki dan lain-lain, yang ditempatkan di sepanjang lebuh raya atau jalan raya, padang permainan, dewan serbaguna, pasar, sekolah, dan pejabat kerajaan. Gejala merosakkan kemudahan awam boleh merugikan semua pihak. Rakyat harus menghargai kemudahan awam ini dan menjaganya dengan baik demi kebaikan bersama. Elakkan sikap vandalisme.Makna09.02.2008
Abdul Raqiib Basiran 19/06/2014 2.58 PAGI Terdapat beberapa soalan yang ingin saya ajukan: 1. Penggunaan kata ganti nama "ia". Adakah "ia" boleh digunakan untuk merujuk kepada haiwan atau benda? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan "ia" dalam konteks ini dibolehkan. Ia - 1.kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. 2. Penggunaan kata tanya "apa, di mana, yang mana". Adakah "apa" juga dibolehkan sebagaimana contoh ayat berikut: i. Saya tidak dapat dengar apa yang kamu cuba katakan. ii. Mereka mengadakan pertandingan itu di dewan serbaguna, di mana tempat itu sememangnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. iii. Telefon bimbit berjenama Lenovo, yang mana telah diuji oleh Rashid itu mempunyai ketahanan bateri yang lama. Menurut Kamus Dewan, penggunaan "apa" dalam konteks ini dibolehkan. 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan Sekian. Mohon pencerahan. Terima kasih.1. Untuk makluman, ia merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. 2. Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: i. Saya tidak dapat dengar apa-apa yang kamu cuba katakan. ii. Mereka mengadakan pertandingan itu di dewan serbaguna yang sememangnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. iii. Telefon bimbit berjenama Lenovo yang telah diuji oleh Rashid itu mempunyai ketahanan bateri yang lama.Tatabahasa19.06.2017
Nama Bahasa Inggeris 1)Quarters "F". 2)Training hostel male dorm, female dorm, male toilet,female toilet. 3)Vip room lecturer room. 4)Cafeteria and Hall. gas room, cafeteria, kitchen, multipurpose hall/show room, lecturer hall. 5)Admin block office, meeting room, male prayer room, female prayer room, store, MDF room, male toilet, female toilet. 6)Guard house rest area, guard area, toilet. 7)TNB-Sub station H.T switch gear room, transformerroom, MSB room. 8)Pump House 9)Refuse Chamber1)kuarters 'F' 2)Asrama Latihan asrama lelaki,asrama perempuan, tandas lelaki, tandas perempuan. 3)Bilik Vip bilik pensyarah 4)Dewan dan Kafeteria bilik gas,kafeteria, dewan serbaguna,/bilik pameran,dewan kuliah. 5)Blok Pentadbiran pejabat,bilik mesyuarat,bilik solat lelaki,bilik solat perempuan,stor, bilik MDF, tandas lelaki, tandas perempuan. 6)Pondok Pengawal ruang rehat, ruang pengawal, tandas. 7)Pencawang TNB bilik janakuasa voltan tinggi, bilik transformer,bilik MSB. 8)Rumah Pam 9)Kebuk SampahEjaan25.10.2011
Muhammad Hafiz Khasdir Oct 21st, 4:50pm Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Saya Muhammad Hafiz Bin Khasdir merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di SK Parit Markom, Benut, Pontian. Untuk pengetahuan pihak tuan, sekolah saya merupakan sekolah Gred A di kawasan kampung pinggir Benut ini. Saya ingin bertanyakan satu perkara. Bolehkah saya mendapatkan sumbangan buku-buku baru ataupun buku-buku terpakai dari pihak tuan? Ini adalah kerana saya mendapati sekolah menghadapi masalah kekurangan buku dan buku-buku yang terdapat disekolah merupakan buku-buku lama yang agak daif keadaannya. Begitu juga kekurangan sumber bahan bacaan Bahasa Inggeris untuk murid-murid kampung disini. Untuk pengetahuan tuan juga, saya dan guru-guru lain sudah merancang untuk memulakan Projek '5 Minutes to Read' untuk tahun 2015. Murid-murid akan menggunakan 5 minit waktu rehat mereka untuk membaca bahan bacaan ringan di dewan serbaguna sekolah sebelum memulakan pembelajaran. Buku-buku mengikut tahap murid akan diklasifikasikan didalam bakul buku yang dilabel untuk setiap kelas. Ini adalah untuk memupuk semangat membaca dikalangan murid diusia muda terutama sekali murid-murid kampung disini. Selain itu juga, sikap membaca dapat dipupuk kepada mereka tidak kira dimana mereka berada walaupun diwaktu rehat. Jika pihak tuan berminat untuk menyumbangkan sedikit bahan bacaan baru ataupun terpakai kepada sekolah, maka saya akan menyediakan surat permohonan sumbangan kepada pihak tuan yangSila hubungi Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Aras 12, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel razali3@dbp.gov.my.Lain-lain21.10.2014

Kembali ke atas