Bagaimana penggunaan pangkat seperti D.I.M.P., A.M.N.,S.I.S,A.M.S adakah diletakkan sebaris bersama nama, seperti:- DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S ATAU diletakkan di bawah baris nama DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S | Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya ingin diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung ( ) serta disusun mengikut urutan darjah tertinggi. Namun, hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. | Lain-lain | 21.01.2020 |
Cikgu, bagaimanakah kata "Nabi Muhammad s.a.w" dan "Allah S.W.T"? Kedua-dua kata ini perlu ditulis sebagai bentuk "Nabi Muhammad s.a.w." atau "Nabi Muhammad S.A.W.", dan bentuk "Allah s.w.t." atau "Allah S.W.T."? Satu soalan lagi. Ada titik noktah di belakang kata "s.w.t." dan "s.a.w." tak? Jadi, perlu ditulis "s.w.t" atau "s.w.t." (dengan adanya titik noktah di belakang kata ) dan "s.a.w."(adana titin noktah di belakang kata) atau "s.a.w" (tiada titik noktah di belakang kata) | Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. | Ejaan | 21.01.2015 |
salam 1 Malaysia. Saya ingin membuat pertanyaan tentang penggunaan noktah bagi perkataan berikut di hujung ayat. Contoh ayatnya. ayat 1: Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s. atau ayat 2: Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s.. noktah di belakang a.s. perlu diletakkan satu atau dua bagi hujung ayat. Ayat 1 atau 2 mana satu yang betul. | Dua tanda noktah perlu dibubuh dalam keadaan yang tersebut, noktah pertama bagi singkatan dan noktah kedua bagi penutup. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
Bentuk penulisan yang manakah betul bagi contoh di bawah? S.M.K. Seri Setia atau SMK Seri Setia S.K. Taman Midah atau SK Taman Midah | Bentuk yang betul: 1. SMK Seri Setia 2. SK Taman Midah | Ejaan | 17.01.2017 |
1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums. 2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use. Please help to check the translation in BM as below:- 1. Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi. 2. Perisai keselamatan mengelakkan berus daripada memasuki terlalu dalam mulut bayi semasa penggunaan. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang betul bagi: 1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums - Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi. 2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use - Pelindung keselamatan digunakan untuk melindungi berus daripada memasuki terlalu dalam di mulut bayi semasa digunakan. | Makna | 30.05.2018 |
Manakah yang betul dalam penggunaan ayat di bawah? 1. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya Sukan Olimpik. 2. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya sukan Olimpik. Penggunaan huruf "S" besar atau "S" kecil? Sekian, terima kasih. | Huruf "S" ialah huruf besar kerana Sukan Olimpik ialah nama khas. | Ejaan | 03.08.2011 |
Assalamualaikum. Saya terjumpa soalan dan jawapan berikut di halaman Khidmat Nasihat: S: Istilah Bahasa Melayu untuk ‘Growth Mindset’. J: Antara cadangan ialah penumbuhan penetapan minda (29.04.2020). Menurut kamus Cambridge, 'mindset' is a person's way of thinking and their opinions. Oleh itu, pada pendapat saya, cadangan yang diberikan oleh pihak tuan itu (penetapan minda) adalah kurang tepat. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya berharap pihak tuan dapat menyemak semula semua jawapan bagi soalan 'mindset'. Sekian terima kasih. | Aduan tuan kami ambil maklum dan akan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Istilah | 25.10.2020 |
Salam. Yang manakah pernyataan yang betul? adalah/ ialah? 1. Isi padu air di dalam bekas R adalah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S. 2. Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S. | Jawapan yang betul ialah Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S | Tatabahasa | 28.09.2021 |
Tuan, Apa komen tuan tentang penggunaan " Di" dalam iklan yang berbunyi seperti berikut: 1. Pandulah dengan cermat di Hari Raya ini- (oleh Kurnia Insurans di m/s 23 Utusan Malaysia 11/10/07) 2.Balik kampung lebih selamat di Hari Raya ini- (0leh PLUS di m/s 30 U.Malaysia pada 11/10/07) Sekian terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah perkataan pada bukan di. | Tatabahasa | 25.10.2007 |
apakah perkataan yang membawa maksud situasi pengasingan berpihak atau pertentangan kecenderungan, kepentingan dan perbezaan matlamat sesuatu kumpulan. Jawapan : _ _ K _ R _ S A S i | Untuk makluman tuan, perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP untuk membantu menjawab peraduan teka silang kata. | Tatabahasa | 09.09.2013 |