Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera? | 1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai") 2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri" *Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | Lain-lain | 12.05.2015 |
Ayat di bawah betul???? 1. Di badan ikan itu terdapat tompok-tompok hitam. 2.Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. 3. Inai memerahkan jarinya. 4Jangankan pergi ke Ipoh , Taiping pun belum pernah. | Ayat 1) Di badan ikan itu terdapat tompok-tompok hitam. Ayat ini boleh dinakan, manakala bagi ayat kedua, digalakkan agar digunakan Kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. Ayat ke-3. Inai memerahkan jarinya boleh digunakan. Manakala ayat keempat iaitu Jangankan pergi ke Ipoh , Taiping pun belum pernah juga boleh digunakan. Namun demikian, bagi membantu saudara mendapatkan penjelasan berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk imbuhan me-kan-i. | Tatabahasa | 27.06.2007 |
Ayat yang manakah betul? a) Lemak yang terkumpul di dalam badan. b) Lemak yang terkumpul di badan. | Ayat yang betul ialah Lemak yang terkumpul di dalam badan. | Tatabahasa | 11.01.2015 |
Urusan surat menyurat didalam sektor awam haruslah dibuat di dalam bahasa melayu. Bagaimana pula dengan badan-badan berkanun, Suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan. Adakah semua urusan harus dibuat di dalam bahasa melayu juga. | Surat-menyurat dalam sektor awam dan badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan Pekeliling Bilngan 1/2006 - Penggunaan bahasa kebangsaan Dalam Urusan Rasmi. | Lain-lain | 11.05.2007 |
salam.Saya ingin bertanya adakah sesuatu surat rasmi yang dikeluarkan oleh badan-badan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapat pemantauan daripada pihak DBP? hal ini kerana, beberapa bulan yang lepas, saya terbaca surat yang dikeluarkan oleh pihak bomba terdapat banyak kesalahan bahasa termasuk ejaan lama. bukankan surat tersebut merupakan surat rasmi dan sebagai satu badan yang dikenali umum, saya berpendapat kesalahan tersebut tidak wajar dilakukan. diharap pihak DBP dapat memantau hal ini.terima kasih. | Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak peyemak atau memantau surat daripada mana-mana agensi secara langsung. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa untuk masyarakat pengguna bahasa di sektor awam dan swasta untuk menyemak penggunaan bahasa yang digunakan di jabatan masing-masing. | Lain-lain | 24.10.2008 |
Salam, Saya cuba untuk mendapatkan beberapa definasi dalam konteks malaysia bertujuan untuk tujuan pembelajaran antaranya : 1. Malaysian government agencies 2. Badan-badan berkanun kerajaan (federal / state) 3. Syarikat berkaitan Malaysia (GLC) 4. perbadanan kemajuan ekonomi negeri kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. | Saudara boleh merujuk buku Malaysia Kita dan Who is who bagi tujuan tersebut di samping menghubungi Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dan melayari laman sesawang Perbadanan Kemajuan setiap negeri. . | Lain-lain | 26.11.2008 |
Makna dan istilah Badan Serantau dalam BM dan BI | Badan serantau ialah badan atau pertubuhan di peringkat serantau yang dianggotai oleh beberapa buah negara di rantau berkenaan. Misalnya, ASEAN merupakan badan serantau yang diangootai oleh 10 buah negara di rantau Asia Tenggara. | Makna | 07.09.2006 |
Adakah ayat berikut betul? 1. badan lembu berat tetapi badan kucing ringan. 2. Halim ialah kaum Melayu. 3. Air di air terjun sangat sejuk. Sekiranya salah bolehkah saya tahu apakah ayat yang betul tetapi masih membawa maksud yang sama? Terima kasih | Penggunaan kata hubung tetapi dalam Ayat 1: “ Badan lembu berat tetapi badan kucing ringan” betul dari segi tatabahasa tetapi tidak begitu sesuai dan tepat dari segi makna kerana perkara yang dibandingkan ialah perkara yang berbeza untuk maksud berlawanan dan perkara tersebut telah ternyata, sepatutnya ayat yang lebih gramatis ialah Badan lembu lebih berat berbanding dengan badan kucing. Ayat kedua yang betul ialah “ Halim ialah bangsa Melayu/ Halim berbangsa Melayu / Halim ialah orang Melayu/ Halim orang Melayu. Ayat ketiga yang betul ialah “ Air terjun sangat sejuk” | Tatabahasa | 16.03.2018 |
Adakah perenggan di bawah betul? Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah pelajar dapat menyihatkan badan mereka. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan. | Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum termasuklah dapat menyihatkan badan mereka yang menyertainya. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus | Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus". | Tatabahasa | 21.06.2011 |