Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Diperbaharui


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. apakah perkataan yang betul? diperbaharui atau dibaharui atau dibaharu 2. apakah beza penggunaan perkataan diperbaharui atau dibaharui atau dibaharuYang betul atau baku dari segi tatabahasa ialah dibaharui, iaitu bentuk pasif daripada membaharui.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 202 hingga 212.
Tatabahasa30.04.2025
tenaga boleh diperbaharu atau diperbaharuiIstilah yang betul ialah “tenaga boleh diperbaharui” berdasarkan Glosari Sains untuk sekolah (https://prpm.dbp.gov.my/). Walau bagaimanapun, apitan diper- ... -i dan memper- ...-i sebenarnya tidak begitu produktif. Kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak begitu banyak. Apitan diper- ... -i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. [Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 217].Istilah08.03.2025
Perkataan yang betul ialah "diperbaharu" atau "diperbaharui". Sebagai contoh dalam ayat di bawah ini- 360C. (7) The licence to operate a water-vending machine shall be valid for a period of two years from the date of issuance and may be renewed by the Director upon application made by the licensee together with the renewal fee of one hundred and fifty ringgit. (7) Lesen untuk mengendalikan mesin jual air adalah sah bagi tempoh dua tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh diperbaharui melalui permohonan kepada Pengarah oleh pemegang lesen bersama dengan fi untuk pembaharuan lesen sebanyak satu ratus lima puluh ringgit.Perkataan yang betul ialah diperbaharu atau dibaharui.Ejaan18.07.2021
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan 'may be renewed'? Adakah ianya 'dibaharui' atau 'diperbaharui'?Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "may be renewed" ialah "boleh dibaharui".Lain-lain15.10.2021
Salam, Apakah istilah yang betul bagi 'renewable energy? Adakah sumber tenaga yang boleh diperbaharu/ dibaharui/diperbaharui? Terima kasih.Menurut istilah bidang ekonomi dan geografi, "renewable energy" bermaksud " Tenaga Boleh Baharu"Istilah10.10.2014
Master of Renewable Energy Makna dalam bahasa Melayu Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharu @ Sarjana Tenaga Boleh DiperbaharuiSoalan sdr akan diajukan kepada Bahagian Peristilahan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasiihIstilah02.07.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Saya mohon kepastian dari pihak PRPM mengenai perkataan "woksyop". adakah ejaan nya masih lagi boleh digunakan?Ataupun ia telah diperbaharui ejaan tersebut.. mohon maklumbalas segera..Ejaan yang betul ialah woksyop.Ejaan22.07.2013
Adakah kamus dwibahasa Inggeris-Melayu masih disenaraikan di dalam perkhidmatan elektronik DBP? Pautan ke perkhidmatan tersebut tidak lagi saya ketemui sejak laman DBP telah diperbaharui sejak kebelakangan ini. Fez.

tuan boleh menggunakan alamat berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan kamus elektronik. Alamatnya ialah:

www.karyanet.com.my   .Portal ini ialah meyediakan bahan rujukan elektronik dalam talian iaitu istilah, kamus, daftar ejaan dan lain-lain lagi. Terima kasih kerana menggunakan bahan terbitan DBP.

Lain-lain27.01.2008
1. Terjemahan Save the info on your hard drive ialah Simpan maklumat itu dalam pemacu keras anda Tetapi, 'pemacu keras' ialah benda fizikal, sama seperti 'kotak kasut', tidakkah, 'di dalam' lebih sesuai? 3. Padanan renewable energy ialah tenaga boleh diperbaharui. Tolong betulkan di website PRPM http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=renewable+energy untuk mengelakkan kekeliruan kerana ramai yang menggunakan istilah 'tenaga boleh baharu'.Pemacu keras (pemacu cakera keras) bukanlah benda yang boleh dilihat fizikalnya secara nyata seperti gelas dan kotak. Penggunaan yang betul ialah ...dalam  pemacu keras. Istilah renewable energy - tenaga boleh diperbaharui boleh dilihat dalam Glosari Sains untuk Sekolah.Penyemakan dan penterjemahan24.06.2015
Salam sejahtera. Bagi istilah "renewable energy", terdapat beberapa padanan terjemahan yang ditemukan di laman carian. Antara tenaga boleh baharu, tenaga boleh diperbaharu dan tenaga boleh diperbaharui, yang manakah paling tepat untuk digunakan? Terima kasih.Istilah "renewable energy" ialah "tenaga boleh baharu" berdasarkan bidang ekonomi dan geografi.Istilah15.01.2015
12

Kembali ke atas