1)diterima pakai atau diterimapakai 2)ditambah nilai | 1)diterima pakai 2)ditambah nilai | Ejaan | 12.07.2011 |
1) Apakah kata terbitan daripada kata majmuk 'muat turun' yang diterima pakai oleh pihak DBP / yang ada dalam kamus buat setakat ini? 2) Bolehkah kata terbitan 'memuatturunkan' diterima pakai dalam bahasa Melayu formal? Terima kasih. | Muat turun ialah padanan download dalam bahasa Melayu dan kata kerja memuatturunkan boleh digunakan bagi menerangkan perbuatan berkenaan. | Tatabahasa | 11.05.2015 |
Mana satukah penggunaan yang tepat, diguna pakai atau diterima pakai? Tidakkah istilah diguna pakai itu dilihat melewah kerana guna dan pakai merupakan sesuatu yang sama? | Perkataan yang betul ialah diterima pakai. | Tatabahasa | 14.10.2014 |
Salam sejahtera tuan/puan, mohon pencerahan dengan perkataan "reruai" yang difahamkan membawa maksud "booth". Adakah perkataan "reruai" ini telah diterima pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka? Terima kasih. | Salam sejahtera, Perkataan reruai telah diterima pakai oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka yang membawa maksud kawasan terbuka dan terhad, tempat mempamerkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatan tertentu. | Makna | 15.01.2018 |
Salam sejahtera. Adakah perkataan-perkataan yang berikut tergolong sebagai kata kerja majmuk? 1.mendakap mesra 2.membuka peluang 3.menarik perhatian 4.dikemaskinikan 5.diterima pakai 6.memberikan perhatian bekerjasama | mendakap mesra, membuka peluang, menarik perhatian, diterima pakai , kerjasama merupakan kata majmuk. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
Salam sejahtera, perkataan "kuasa" mempunyai dua atau tiga suku kata? Adakah perkataan "mengeteh" (perihal duduk untuk meminum air teh) dianggap slanga atau sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu standard? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, 1. Kuasa mempunyai dua suku kata KU-ASA 2. Mengeteh merupakan slanga yang belum diterima pakai sebagai bahasa Melayu standard. | Tatabahasa | 12.05.2020 |
Perkataan "Representatif" diterima pakai, sebagaimana yang telah saya semak pada laman sesawang PRPM. Hasilnya seperti berikut; [ré.pré.sén.ta.tif] | ريڤريسينتاتيف Definisi : (répréséntatif) mewakili (golongan dll), sesuai utk mewakili. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Jadi persoalan saya, adakah betul jika menggunakan perkataan ini dalam bentuk istilah wakil kepada entiti? Contohnya seperti "Ali merupakan salah seorang representatif Persatuan Bunga Raya". Atau jika penggunaan di atas salah, adakah masih boleh digunakan dengan penyusunan perkataan yang sama, jika perkataan tersebut diistilahkan menjadi satu kata nama khas? Contohnya seperti "Ali merupakan salah seorang daripada Representatif Persatuan Bunga Raya" | Menurut Kamus Dewan Perdana, penggunaan perkataan yang betul mengikut konteks penggunaan ialah “representasi” yang bermaksud perbuatan mewakili seseorang atau sesuatu. Contoh dalam ayat, “Ali merupakan salah seorang representasi Persatuan Bunga Raya”. | Makna | 01.01.2022 |
Adakah perkataan Internasional diterima pakai didalam istilah melayu Malaysia? Boleh berikan asal usul perkataan tersebut. Adakah berasal dari rumpun melayu indonesia? Cadangan bagi menggantikan perkataan internasional yang lebih sesuai digunapakai di malaysia. Terima Kasih. | Perkataan bahasa internasional merupakan bahasa Indonesia yang dipadankan daripada perkataan bahasa Inggeris, international. Padanan bahasa Melayu bagi international ialah antarabangsa. | Tatabahasa | 24.03.2016 |
- Istilah manakah yang diterima pakai sekarang, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia boleh digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Lain-lain | 20.04.2009 |
Adakah terma 'laku keras' diterima pakai oleh DBP yang membawa maksud 'hot-selling'? | "Hot-selling" sesuai dipadankan dengan perkataan jualan hebat. Frasa "laku keras" tidak tergolong dalam bahasa standard. | Makna | 09.05.2020 |