Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peti (kata nama)
Bersinonim dengan pak, tong, banian, cerakin, kopek, canda peti, kendaga, pendaga, bangking.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah video bermaksud sesuatu yang dirakam menggunakan perakam video shj?jika kita membuat satu tayangan contohnya untuk tujuan menerangkan satu proses dlm subjek biologi, tetapi menggunakan software flash. Adakah itu dipanggil tayangn video juga?

Ia tidak boleh dipanggil tayangan video kerana takrifan KD4 untuk kata 'video' ialah seperti yang berikut: ]

(vidéo) 1. = alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen); 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayangkan dgn menggunakan alat video;

Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb. 

Lain-lain03.09.2009
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.   Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin.

Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

Tatabahasa23.10.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apa yang membezakan penggunaan 'tiub' dan juga 'tabung'? Adakah kedua-duanya padanan kepada 'tube'? 2. Adakah 'badan', 'tubuh' atau 'tubuh badan' mempunyai makna yang sinonim? Mana yang paling tepat sebagai padanan kepada 'body' dalam bidang sains perubatan? 3. 'Tanah-tanih' merupakan istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian iaitu perlu diletakkan tanda sempang sekalipun 'tanah' dan 'tanih' boleh berdiri sendiri dengan makna tersendiri. Adakah terdapat senarai lengkap istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian ini? Terima kasih.

1. Tiub ialah 1. benda yang bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sejenis bekas daripada plastik dll yang digunakan untuk mengisi cecair yang likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dalam tayar basikal.

Manakala tabung ialah 1. bekas ruas daripada buluh dll (untuk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yang berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (daripada buluh dll), celengan; 5. sesuatu yang berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yang dikumpulkan (dengan mengutip derma dll) untuk maksud tertentu, dana.

Dalam data kami, padanan istilah tube dalam bahasa Melayu ialah tiub, tabung dan salur.

2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tubuh badan bermaksud keseluruhan jasad. Istilah yang sesuai digunakan dalam bidang perubatan ialah badan.

3. Tanah-tanih merupakan kata ganda yang bermaksud segala macam tanah.

Tatabahasa06.10.2013

Kembali ke atas