| Salam mesra, Di PPRM, terjemahan High Definition Television ialah Televisyen Definisi Tinggi. "HD" merupakan singkatan bagi "High Definition". Adakah "DT" atau "HD" dikekalkan sebagai singkatan "Definisi Tinggi"? Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | High Definition dalam bahasa Melayu ialah Definisi Tinggi, namun apabila menulis singkatan "HD" dikekalkan penggunaannya. | Istilah | 12.05.2014 |
| Kami sedang memohon satu iklan billboard, sila tolong semak artikal iklan yang dilampilkan untuk kelulusan pihak DBP. Sekian sahaja, terima kasih. Yang benar, Tan Chai Huat DT Sales & Services | Betulkan ejaan: AUTOMATIK. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 07.10.2015 |
| Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) Bhd | Tuan/puan perlu berikan soalan yang lebih lengkap, mungkin disertakan dengan gambar atau sebagainya. Istilah ikan air payau memang wujud, contoh ikan siakap dan kerapu. | Lain-lain | 08.07.2014 |
| Terima kasih atas jawapan yang diberi. Soalan di bawah disertakan dengan gambar yang dilampirkan di Lampiran Fail. Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) Bhd | Ya benar, jawapannya ialah air payau. Menurut istilah kimia dan istilah geologi, air payau merujuk air yang mempunyai nilai kemasinan yang berjulat dari kira-kira 0.50 hingga 17.00 bahagian per ribu, dan air yang mengandung garam kurang daripada air laut, tetapi tidak boleh diminum. | Makna | 09.07.2014 |