Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi/Ekonomi. | Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ekonomi. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
saya ingin mengetahui apakah definasi bagi perkataan ekonomi | Ekonomi bermaksud ilmu berkenaan dengan pengeluaran produk, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan (sama ada dalam negeri atau luar negeri); sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan,dll); berkaitan dengan keadaan kekayaan; urusan tentang perbelanjaan dan perkhidmatan individu, keluarga, syarikat, dan negara; dan berkaitan dengan penghematan. | Makna | 09.03.2008 |
pengertian 1. mempelbagaikan ekonomi? 2. minyak dan gas? 3.ekonomi minyak dan gas | Selamat pagi: Mempelbagaikan ekonomi bermaksud perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat. Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi seperti perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain. Minyak dan gas merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara Malaysia. | Lain-lain | 23.09.2016 |
Yang manakah frasa yang paling tepat antara MODEL EKONOMI BAHARU dengan MODEL BAHARU EKONOMI? | Model ekonomi baharu. | Tatabahasa | 31.05.2010 |
1. pembangunan mapan atau pembangunan mampan ? 2. penulis mapan atau penulis mampan ? 3. ekonomi mapan atau ekonomi mampan ? | Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Oleh itu: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan. | Makna | 05.09.2010 |
apakah maksud kegiatan ekonomi?? | Maksud kegiatan ekonomi secara literal ialah sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan. | Makna | 26.06.2015 |
munsyi, dari sudut ekonomi atau daripada sudut ekonomi? TQ | jawapan yang betul ialah dari sudut. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Saya hendak bertanya penggunaan istilah 'pengembangan ekonomi' adakah boleh digunakan? Jika istilah 'pengembangan dana' adakah ia sesuai? Ayat contoh 'Pengembangan ekonomi dari dana masjid di Negeri Pahang'. | Perkataan "pengembangan ekonomi" boleh digunakan. Ayat contoh yang diberikan perlu dibetulkan, iaitu "Pengembangan ekonomi daripada dana masjid di negeri Pahang". | Tatabahasa | 25.08.2014 |
Salam, Saya ingin menulis artikel berkaitan MEB/ MBE untuk buletin yang akan diedarkan kepada jabatan-jabatan kerajaan Wilayah Selatan. Memandangkan istilah ini kata nama khas, mohon bantu saya pengesahan dari aspek penggunaan istilah yang betul sama ada: i. Model Ekonomi Baru ATAU Model Baru Ekonomi ii. Model Ekonomi BAHARU/ Model BAHARU Ekonomi ATAU yang betul salah satu para (i) Mohon kepastian segera daripada pihak tuan. Terima kasih. | Istilah yang betul Model Ekonomi Baru. | Istilah | 18.04.2011 |
Antara berikut, penggunaan kata sendi nama yang manakah adalah tepat ? dari sudut ekonomi atau daripada sudut ekonomi... dari segi .... atau daripada segi .... | Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, masa, tempat. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaannya. Oleh itu, frasa yang tepat ialah dari sudut ekonomi, dari segi moral (penggunaan kata sendi nama ini menunjukkan tempat atau arah). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 9: Kata Tugas), halaman 268. | Tatabahasa | 01.09.2009 |