Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (én) ukuran yg sama dgn setengah saiz poin taip yg digunakan ataupun setengah em. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata En


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Gaya Dewan (1995: 70) menyatakan bahawa tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan en (én) sebagai ukuran yang sama dengan setengah saiz poin taip yang digunakan ataupun setengah em. Soalan: (1) Adakah en itu sama lebarnya dengan huruf n? (2) Jikalau tanda pisah satu en, adakah tanda sempang hanya setengah en?
  1. Dalam penerbitan, en merupakan unit ukuran yang lebarnya setengah huruf em, tetapi tidak semestinya sama lebar dengan huruf "n".
  2. Jika tanda pisah satu en, tanda sempang tidak semestinya hanya setengah en.

Dalam penerbitan, en, em dan tanda sempang mempunyai fungsi yang berbeza. Sdr boleh merujuk buku yang berkaitan, seperti Copy Editing oleh Judith Butcher (Cambridge University Press) atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Lain-lain14.01.2013
Kita sering kali nampak perkataan singkatan Bahasa Inggeris bitanda dengan tanda baca noktah, apakah peraturan umum penempatan tanda baca noktah Bahasa Inggeris digunasama bagi Bahasa Bangsa Malaysia? Contoh: Mr., Bagagaimana dengan En? En. Atau En ? Terima Kasih.

Penggunaan noktah dalam apa yang saudara maksudkan adalah sama. Dalam bahasa Melayu, kata yang diringkaskan perlulah dibubuh noktah, contoh: tuan = tn.  telefon = tel.  puan = pn.  dan sebagainya.

Tatabahasa04.05.2009
Penggunaan Encik atau Puan dalam teks. yang mana betul - En Zainudin (tanpa titik selepas perkataan Encik) atau En.Zainudin (titik dan tiada 'spacing' antara titik dan nama Zainudin). Selama ini saya menggunakan acara ini dalam minit mesyuarat saya iaitu - En. Zainudin (Titik selepas 'En' dan juga 'spacing' selepas titik. Terima kasih.Kata En. dan Pn. sebagai kependekan kepada kata Encik dan Puan dieja dengan tanda titik dan ada ruang *space) selepas tanda titik tersebut sebelum kata seterusnya.Tatabahasa28.01.2008
En Sulaiman, Saya dari agensi pengiklanan ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan yang patut kami letakkan dalam iklan klien kami :- 1) TIADA UNSUR-UNSUR LEMAK BINATANG DALAM PRODUK KAMI atau 2) TIADA UNSUR-UNSUR MINYAK BINATANG DALAM PRODUK KAMI atau 3) TIADA MANA-MANA BAHAGINA BINATANG DALAM PRODUK KAMI Harap kami akan mendapat jawapan dari pihak tuan pada esok hari (Jumaat - 28/12/12). Sekian. Terima kasih. Yang benar, YatiUntuk makluman tuan ketiga-tiga ayat tersebut betul bergantung pada unsur yang hendak diketengahkan sama ada lemaknya atau lemaknya atau mana-mana bahagian yang lain.Tatabahasa27.12.2012
En Sulaiman, Saya ingin tahu bagaimana caranya untuk memohon dana bagi membuat kajian penulisan buku (bukan penerbitan buku). (1) Adakah borang tertentu yang boleh dimuat turun? (2) Berapakah jumlah maksima yang boleh diberikan oleh DBP? Sekian, terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan dana bagi membuat kajian penulisan buku.Lain-lain23.10.2012
Salam sejahtera, bolehkah beritahu saya berapa jenis monolog yang terdapat dalam penulisan novel? Juga, bolehkah terangkan kepada saya perbezaan di antara monolog dan monolog dalaman?

en" lang="EN">Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada  boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. Monolog hanya dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman.

en" lang="EN">Monolog (disuarakan) “ Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan,” bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan.

en" lang="EN">Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati) “ Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu,” detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu.

Sastera26.07.2012
Dear En Sulaiman, Attached here with the visual of bunting design for approval on the message written in the bunting before we send to DBKL for licensing purposed. Thank you CM OngPenggunaan bahasa dalam iklan tersebut betul. Untuk pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan bukannya KHidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain12.07.2012
Salam En Sulaiman. Saya cuba mencari makna perkataan atau istilah "multi-skilling" atau "multi skills". Tetapi, saya tidak menjumpai makna perkataan tersebut di kamus online DBP. Mohon bantuan daripada pihak tuan. Terima kasih. Yang benar, Amran 012-3791871 amranvemma@gmail.com

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pelbagai kemahiran. 

Istilah03.09.2009
Assalamulaikum En/Puan, Saya Ida dari Malaysian Institute of Accountant (MIA) ingin menanya beberapa soalan: 1. Kamus Dewan Bahasa yang terbaru adalah edisi berapa dan dikeluarkan pada tahun berapa? 2.Adakah Kamus Dewan Bahasa mempunyai 'on-line' pencarian?

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, terbit pada tahun 2005.

2. Kamus Dewan tidak ada dalam talian, namun saudara boleh layari laman web kami prpm.dbp.gov.my untuk mencari maksud/padanan kata/istilah yang diperlukan.

Lain-lain18.03.2009
Salam sejahtera En. Sulaiman, Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan 'kanak' digunakan ataupun sepatutnya 'kanak-kanak'? Sekian, terima kasih.Perkataan yang tepat ialah kanak-kanak.Tatabahasa02.02.2013
1234567

Kembali ke atas