Mohd Faizal 27/12/2016 09:59 Mohd Faizal Mohd salam sejahtera.. Mohd Faizal Mohd Admin, Saya ingin mendapatkan buku berikut Judul: ORANG BAJAU PULAU OMADAL Penulis: Yap Beng Liang Tahun terbitan: 1993 Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka. | Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih | Lain-lain | 27.12.2016 |
Saya ingin tahu yang manakah format yang betul dan wajar digunakan? Adakah nama diikuti dengan jawatan ATAU jawatan diikuti dengan nama? Contohnya: Ayat 1 - En Faizal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif IWK telah merasmikan majlis itu. Ayat 2 - Ketua Pegawai Eksekutif IWK, En Faizal Othman telah merasmikan majlis itu. Yang manakah ayat yang betul? | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah Encik Faizal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif IWK telah merasmikan majlis tersebut. | Lain-lain | 24.07.2018 |
Saya Muhamad Faizal Bin Zalip dari syarikat Crestar Education (M) SDN BHD. Syarikat saya menjalankan perniagaan taska dan tadika di bawah nama perniagaan 'Kinderland'. Saya telah pun menghantar permohonan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa. Maklumbalas telah diterima dan mencadangkan saya untuk meletakkan nama 'Taska' pada sebelah kiri nama Kinderland pada papan iklan bangunan. Sekiranya syarikat saya juga menjalankan urusan perniagaan tadika di dalam bangunan yang sama, adakah saya perlu meletakkan perkataan 'tadika' bersama dengan 'taska' pada papan iklan bangunan? Sebagai contoh, "Taska . Tadika' (pada sebelah kiri atas nama Kinderland). Illustari adalah seperti dilampiran. Sekiranya salah, mohon nasihat dari pihak Tuan/Puan. Sekian, Terima kasih. Faizal | Kami mencadangkan keterangan yang paling sesuai ialah "Tadika dan Pusat Asuhan", jika kedua-dua aktiviti, iaitu pendidikan (tadika) dan pusat asuhan/jagaan dilaksanakan dalam satu premis. | Tatabahasa | 10.09.2015 |
Saya membeli oleh-oleh ini untuk Faizal kerana semasa saya di Sabah, oleh-oleh ini mengingatkan saya akan dia. Adakah terdapat kesalaham pada ayat di atas? Mengingatkan saya akan dirinya? Atau mengingatkan saya akannya? | Frasa yang lebih tepat ialah ...oleh-oleh itu mengingatkan saya akan dirinya. | Tatabahasa | 05.03.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya Mohd Faizal merupakan guru bahasa Melayu. Saya ingin bertanya kepada pihak Tuan berkenaan beberapa perkara: 1. Apakah fungsi Jabatan Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia? 2. Apakah peranan yang dilakukan oleh Jabatan Bahasa dalam mengembangkan bahasa Melayu? 3. Apakan yang telah dilakukan oleh pihak Jabatan Bahasa untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat majmuk? 4. Apakah peranan atau tugas-tugas ringkas bahagian-bahagian yang diwujudkan di bawah Jabatan Bahasa iaitu Bahagian Dasar Bahasa, Bahagian Perkamusan, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Bahagian Peristilahan dan lain-lain? Saya amat berharap agar persoalan saya dapat dijawab oleh pihak Puan. Hal ini bagi membolehkan saya menambahkan pengetahuan saya tentang Jabatan Bahasa di DBP. Segala kerjasama daripada pihak Tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Tuan boleh mengetahui segala maklumat tentang Dewan Bahasa dan Pustaka dengan melayari laman sesawang DBP: www.dbp.gov.my | Lain-lain | 23.10.2009 |
Tuan, Benarkah penggunaan congkak dlm ayat ini? Faizal tidak disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia mula bersikap congkak setelah dilantik menjadi Ketua Pengawas. Terima kasih. | Congkak sama makna dengan sombong dan bongkak. Penggunaan kata congkak dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
Assalammualaikum wbrt. Saya Roshafezal Bin Rosaland, boleh panghil saya Faizal. Saya merupakan seorang ejen hartanah. Baiklah soalan saya apakah definisi tingkat 2 yang sebenar dan sebetulnya? Ada yang berpendapat tingkat satu bermula dari aras pertama, kemudian barulah tingkat 2, ada pula yang menyatakan tingkat 2 adalah aras ketiga selepas aras pertama dan kedua. Dalam bahasa inggeriskan ada istilah Ground Floor maka tingkat satu adalah selepas Ground Floor iaitu aras ke 2. Berbeza pula jika kita nyatakan rumah teres 1 tingkat, rumah teres 2 tingkat. Tiada pula wujud masalah kerana tiada penggunaan Ground Floor di situ. Dalam bahasa inggeris panggil Single Storey untuk rumah 1 tingkat dan Double Story untuk rumah 2 tingkat. Boleh Tuan/Puan bantu beri penjelasan dan war-warkan supaya masyarakat tidak keliru lagi dan tidak wujud salah faham dan ada rujukan yang boleh kita rujuk. Maaf jika rujukan tersebut sudah wujud tapi saya tidak jumpa menerusi carian Google. Terima kasih atas perhatian. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.Wassalam | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2376, perkataan tingkat bermaksud susunan atau lapisan bangunan, mangkuk, tanah dan lain-lain yang bertindih-tindih atau terletak satu di atas satu yang lain atau; dasar atau lantai di sesuatu ruang bangunan, kompleks beli-belah, hotel dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tidak ada ketetapan khusus dalam penamaan atau penomboran tingkat bagi sesuatu bangunan. Penamaan dan penomboran tersebut bergantung pada konsep sesuatu bangunan atau pemilik bangunan. Pada kebiasaannya, kebanyakan bangunan bermula dengan tingkat/aras bawah, diikuti tingkat satu, tingkat dua dan seterusnya. | Makna | 28.03.2024 |
Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak? | Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee) | Lain-lain | 12.11.2007 |
Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera. Saya amat berminat untuk mengikuti kursus Terjemahan anjuran DBP kerana minat yang begitu mendalam dalam bidang penterjemahan, penyuntingan dan penulisan. Bagaimanakah prosedur untuk berbuat demikian? Sekian, terima kasih. MOHD FAIZAL BIN ABDUL GHANI GURU BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA | Untuk makluman DBP tiada menyediakan kursus penterjemahan samada untuk staf DBP dan juga pelanggan luar.Pihak tuan boleh merujuk Institut Terjemahan Negara untuk mendapatkan maklumat mengenai kursus penterjemahan yang di perlukan.Terima Kasih. | Lain-lain | 06.01.2008 |
Salam sejahtera. Terima kasih kepada jawapan yang tentang diberikan tentang kata penguat. Apa yang saya tanya pada soalan ialah salah satu soalan dalam UPSR 2005 bagi SK. Soalannya berbunyi "Wah, _________ indahnya pemandangan di atas puncak ini," kata Faizal. A. benar sekali B. terlalu amat C. sungguh nian D. terlalu paling. (Jawapan yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan ialah C. ) Tolong komen. Terima kasih | Sila rujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang soalan berkenaan. | Lain-lain | 28.07.2010 |