salam sejahtera, saya nak bertanya tentang jenis akronim bagi Gapena. Gapena bermaksud gabungan penulis nasional atau gapena bermaksud gabungan persatuan penulis nasional? Jika Gapena bermaksud gabungan penulis nasional maka berada dlm kategori gabungan suku kata awal perkataan tetapi jika Gapena bermaksud gabungan persatuan penulis nasional, akronim ini berada dalam kategori yg mana? Terima kasih. | GAPENA merupakan akronim bagi “Gabungan Persatuan Penulis Nasional”. Kata akronim GAPENA dibentuk melalui cantuman suku kata awal perkataan. Kami berpandangan berlaku pengguguran suku kata pada perkataan ketiga, iaitu “penulis” kerana persamaan bentuk dengan perkataan kedua, iaitu “persatuan” agar akronim lebih ringkas dan mudah disebut. | Tatabahasa | 24.11.2020 |
assalamualaikum. bagaimana hendak menceburi sesuatu persatuan penulis? saya tidak mempunyai maklumat | Salam. Pada umumnya, persatuan penulis memang telah ditubuhkan di setiap negeri, dan kebanyakan persatuan penulis negeri ini merupakan ahli Gabunngan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara boleh menghubungi GAPENA di talian telefoN: 03-21442412. Sekian dimaklumkan, terima kasih. | Lain-lain | 26.05.2011 |
saya sedang mencari biografi penulis yang dikeluarkan oleh dbp dan di dalamnya terdapat biografi tentang abd talib hassan yang pernah memenangi tempat pertama sayembara GAPENA pada tahun 1976. judulnya saya sama sekali tidak tahu.boleh saya dapatkan judul biografi tersebut. | Judul biografi tersebut ialah Biografi Penulis Wajah. | Lain-lain | 22.05.2013 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, di manakah tempat atau laman sosial yang mempunyai maklumat pencerita cerita rakyat? Terima kasih. | Maklumat yang tuan perlukan, tidak ada dalam pangkalan data kami, kami mencadangkan tuan berhubung dengan persatuan penulis seperti GAPENA atau persatuan penulis di negeri-negeri, semoga mereka dapat membantu tuan dalam hal ini. | Lain-lain | 15.07.2014 |
mau tahu alamat imel : Muhammad Haji Salleh, dan para seniman/budayawan melayu lainnya. | Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh boleh dihubungi melalui e-mel mhs0042@gmail.com, manakala penulis lain boleh dihubungi melalui persatuan seperti Gapena di talian 03-21442412. | Badan Penulis | 28.01.2011 |
saya berharap pertandingan sajak dapat digiatkan semula.saya adalah pelajar smskt yang berminat dalam bidang sastera khususnya dalam bidang puisi sajak.diharapkan agar ada pihak tertentu dapat memberi perhatian ke atas cadangan saya ini.contohnya kalau di kelantan dulu,,pihak GEMA (gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan )mengadakan pertandingan sajak pada setiap bulan september bagi aktiviti bulan bahasa dan sastera negara(BBSN). | Dalam hal ini, sdr. boleh berhubung dengan pejabat kebudayaan negeri yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. bagi mendapatkan maklumat tersebut. Difahamkan pada bulan Ogos ini, pertandingan deklamasi puisi peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) akan diadakan. Sdr sdr. boleh menghubungi talian 03-26127600 (KPKKW) atau 03-21442412 (GAPENA) bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang peraduan ini. Selamat berjaya! Terima kasih dan salam. | Lain-lain | 01.05.2008 |
assalamualaikum..saya ingin bertanya mengenai biografi penulis novel 'Mencari Teduh di Kuala' iaitu Siti Aminah Hj Yusof dan penulis novel 'Kirana' iaitu Sarimah Bardon. | Mencari Teduh di Kuala Siti Aminah Haji Yusof (03 55193732)NO. 10, JALAN RODAT 11/2 H,40100 SHAH ALAM, Selangor
Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 25 September 1945. Beliau banyak menumpukan perhatian kepada penulisan karya remaja. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA dalam beberapa siri peraduan. Menerima hadiah penghargaan (cerpen) pada tahun 1981 dan pada tahun berikutnya, menerima hadiah penghargaan bagi novel Biarlah Ia Berlalu. Manakala novel Aku Anak Timur memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Novel Pengembaraan ESSO-Gapena 1984. Novel lain yang diterbitkan oleh DBP ialah Masih Sayang, Di Hujung Perjalanan dan Jalur Senja. Beliau pernah bertugas sebagai pendidik dan kini, telah bersara selepas tugas terakhirnya di Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur. Kirana Sarimah Bardon (03 61859952)Lot 8620, Kg. Nakhoda Kanan,68100 Batu Caves,Selangor Beliau lahir pada 20 Mei 1963 di Selangor. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan dari UPM. Beliau mula mengikuti kursus penulisan KEPEZI pada tahun 1996. Novel Kirana merupakan hasil daripada bimbingan Zaharah Nawawi. Kini, beliau merupakan seorang pendidik. | Lain-lain | 02.06.2008 |
Boleh saya tahu kata baru yang menggabungkan bahagian kata (Akronim) selain daripada Selembu (seladang + lembu), apa lagi ya? Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan, perkataan "AKRONIM" bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata), pawagam (panggung wayang gambar) dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkataan "AKRONIM", puan bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Tatabahasa Dewan sangat berkesan untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran tatabahasa Melayu. | Tatabahasa | 11.02.2021 |
Aslmkm. Tolong senaraikan Badan-badan bukan kerajaan yang boleh saya sertai untuk mempertahankan Bahasa Melayu. | Antara Badan-badan bukan kerajaan yang mempertahankan bahasa Melayu, ialah Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Badan Bahasa Sabah (BAHASA), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)8, Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS), Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) dan sebagainya. | Lain-lain | 15.01.2011 |
peranan sayembara dalam perkembangan sastera | Untuk membincangkan peranan sayembara dalam perkembangan sastera dalam ruang yang begini adalah mustahil, tetapi untuk membantu saudara, saya sarankan saudara membaca Majalah Dewan Sastera yang fokusnya adalah sayembara. Ramai menulis tentang sayembara yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Dewan Sastera keluaran Mac ini. Saudara juga mungkin boleh berkunjung ke DBP berjumpa dengan beberapa orang pegawai DBP yang mungkin boleh membincangkan perkara ini dengan saudara, antaranya Puan Zalila Sharif, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera, Puan Izzah Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Sastera, Puan Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Kesusasteraan Moden. Saudara juga boleh mendapatkan maklumat dari Pusat Dokumentas Melayu DBP. Saudara juga boleh berkunjung ke GAPENA dan berbincang dengan beberapa orang tokoh sastera di sana. | Lain-lain | 25.03.2008 |