| perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan". | Istilah | 09.04.2013 |
| Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi? | Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah: penjuru 1 kata nama 1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut. Contoh penggunaan: Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja. Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik. 2 tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk. Contoh penggunaan: Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya. 3 bahasa kiasan ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya: Contoh penggunaan: Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah. Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya. tepi kata nama 1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali. Contoh penggunaan: Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih. Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega. 2 bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu: Contoh penggunaan: Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu. 3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain. Contoh penggunaan: Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai. Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah. 4 sempadan di antara satu dengan yang lain: Contoh penggunaan: tepi hutan; tepi kota; tepi langit; 5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas: Contoh penggunaan: Tiba-tiba kakinya tersadung tepi permaidani. tepi langsir; 6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi. Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya. Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.
| Makna | 19.09.2023 |