| Assalamualaikum Tetuan Saya telah cub mencari perkataan 'gaslighting' dalam bahasa Melayu tetapi dimaklumkan bahawa 'Tesaurus: Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaslighting'. Gaslighting adalah proses psikologi yang bermaksud 'memanupulasi'. Pohon jasa baik dan kepakaran pihak Dewan Bahasa Pustaka untuk membantu memberi 'pengistilahan' yang dimaksudkan. Harap maklum, terima kasih. Wasalam. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk gaslighting ialah pemukauan. | Istilah | 20.06.2019 |
| Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya apakah terjemahan Bahasa Melayu untuk perkataan 'gaslighting'. Literalnya 'gaslight' bermaksud lampu gas. Di dalam bidang psikologi, istilah gaslighting merujuk kepada satu bentuk manipulasi yang digunakan oleh manipulator kepada mangsa hingga mangsa mempersoalkan memori, realiti dan kewarasan mereka sendiri. Manipulator biasanya adalah orang yang percayai oleh mangsa. Oleh kerana keadaan ini berlarutan dalam waktu yang lama mangsa tidak sedar dirinya telah dimanipulasi. Harap dapat pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: gaslighting - perdayaan mental Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 09.11.2021 |