semakan penggunaaan tata bahasa malaysia yang betul untuk papan iklan luaran | Sila pinda "BERSAMA, MALAYSIA DAN GE MENJANA KEMAJUAN" menjadi " MALAYSIA DAN GE BERSAMA MENJANA KEMAJUAN". Sila ke ruangan "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan setelah membuat pindaan. | Tatabahasa | 15.06.2013 |
Selamat pagi Tuan/Puan. Saya ingin mendapat kepastian tentang beberapa sebutan pinjaman bahasa Inggeris. Sebagai contoh, sebutan perkataan 'Generasi' ,'Agen', 'psikomotor'. Perkataan 'generasi' perlu dieja sebagai ' Ge. ne..ra..si' atau 'je..ne..ra..si'? Terima Kasih. | Generasi disebut /gé.ne.ra.si/ , agen disebut /a.gén/. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan- Jawi untuk rujukan selanjutnya. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
Selamat pagi... 1. Bagaimanakah cara menyebut perkataan "tragedi" dan "teknologi" ? Adakah sebutannya tragedi atau trajedi ? Adakah sebutannya teknologi atau teknoloji ? 2. Adakah perkataan "berjawab, berjahit, berbasuh" termasuk dalam kategori kata kerja pasif ? Contoh ayat : Bajunya belum berbasuh. | Sebutan yang betul ialah tra-ge-di, tek-no-lo-gi. Perkataan tersebut kata pasif. | Lain-lain | 31.01.2010 |
saya ingin bertanyakan bagaimana cara untuk saya memastikan ejaan bagi perkataan seperti diperbanyakkan, atau sebarang perkataan yang ada kata imbuhan, sama ada dua 'k' atau dua 'g' untuk ejaan perkataan menggunakan terima kasih diatas bantuan tuan. | Kesilapan penggunaan k atau kk kerana kita tidak dapat membezakan antara imbuhan ...-kan dan meN-...-kan dengan imbuhan ...-an, peN-...-an dan ke-...-an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan ...-kan dan ...-an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k. Perbezaan penggunaan k dan g dengan kk dan gg jug aboleh dikesan melalui sebutan. Lazimnya penggunaan perkataan satu k dan g, sebutannya lebih lembut dan bersahaja jika dibandingkan dengan kk atau gg seperti per.ge.ra.kan dan meng.ge.rak.kan. | Ejaan | 22.02.2012 |