Adakah kata nama seperti Georgia State University perlu diterjemah kepada Universiti Negeri Georgia? TK. | Dalam hal penulisan tempatan, Georgia State University perlu diterjemahkan kepada Universiti Negeri Georgia. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.11.2015 |
Retorik pemikiran Melayu spt retorik Asmah Hj Omar. Cth retorik lain dlm penulisan Melayu? | georgia; font-size: 16px; margin-bottom: 11px;">Antara buku-buku berkaitan retorik yang boleh dijadikan rujukan ialah: georgia; font-size: 16px;"> - Retorik dan Pengajaran Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar
georgia; font-size: 16px; margin-left: 96px; margin-bottom: 11px;">Tahun Terbit: 1997,Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) georgia; font-size: 16px; margin-left: 96px; margin-bottom: 11px;">Retorik dalam pengajaran Bahasa Melayu, termasuk teknik komunikasi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. georgia; font-size: 16px;"> - Retorik Melayu: Suatu Pengenalan oleh Mohd. Ali Hassan
georgia; font-size: 16px; margin-left: 48px; text-indent: 36pt; margin-bottom: 11px;">Tahun Terbit: 2001, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) georgia; font-size: 16px; margin-left: 96px; margin-bottom: 11px;">Pengenalan tentang retorik dalam budaya Melayu, membincangkan teknik- teknik berkomunikasi dalam konteks sosial dan budaya Melayu. georgia; font-size: 16px;"> - Retorik dan Estetika dalam Peribahasa Melayu oleh Zawawi Ismail
georgia; font-size: 16px; margin-left: 96px; margin-bottom: 11px;">Tahun Terbit: 2005, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) georgia; font-size: 16px; margin-left: 96px; margin-bottom: 11px;">Peribahasa Melayu sebagai salah satu bentuk retorik, serta bagaimana ia digunakan untuk menyampaikan mesej moral dan sosial dalam masyarakat Melayu. | Lain-lain | 13.02.2025 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi PUSAT MEMBAIKI KERETA | Ejaan jawi bagi PUSAT MEMBAIKI KERETA ialah georgia;"> ڤوست ممباءيقي کريتا | Ejaan | 10.12.2019 |
Mohon pencerahan mengenai sebutan perkataan "ee", di mana ia digunakan sebagai sr kata untuk menarik perhatian. Adakah sebutannya sama seperti "eh eh"? Terima kasih. | georgia; font-size: 16px;"> Kata ee disebut sebagai (éé) sama dengan eeh (ééh). Sila rujuk versi bercetak Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 377. | Tatabahasa | 17.03.2020 |
Pertanyaan tentang "berbadan dua" : 1. Apakah asal usul frasa ini? Kebanyakan bahasa lain seperti Inggeris (pregnant) dan Arab (hamil) tiada perkataan "dua" badan/jiwa untuk ini. Setahu saya, cuma Bahasa Georgia (orsuli) dan Mandarin sahaja yang ada konsep berbadan dua seperti Bahasa Malaysia. 2. Jikalau "triplets" atau "quadruplets", apakah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia menjadi berbadan tiga atau berbadan empat? Terima kasih | berbadan dua bh hamil: Aktor tersebut bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya disahkan berbadan dua. (KDP 2020:169) Frasa berbadan dua dalam Kamus Dewan Perdana bermaksud hamil. Frasa ini diletakkan label bh (bahasa halus), iaitu bahasa atau kata-kata yang lebih lembut dan sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan supaya lebih beradab dan tidak menyentuh perasaan sesiapa, contoh lain ialah perkataan meninggal dunia utk mati. Frasa berbadan dua wujud daripada gambaran fizikal seorang wanita hamil. Semasa kehamilan perut wanita membesar, memberikan gambaran seolah-olah wanita tersebut memiliki "badan" tambahan. Ungkapan “berbadan dua” secara kiasan menggambarkan keadaan ini, iaitu memiliki "dua badan", badan sendiri dan badan bayi yang dikandung. Frasa berbadan dua telah menjadi ungkapan yang umum digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada hamil dan dianggap sebagai ungkapan yang sopan dan diterima secara meluas. Frasa berbadan tiga, berbadan empat dan seterusnya masih belum terakam dalam kamus DBP. Perakaman kata dan mana baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. | Makna | 04.02.2025 |
Jika rumus bagi akronim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ialah Jakim dan Berita Nasional Malaysia ialah Bernama, kenapa ejaannya tidak sama iaitu JAKIM dan BERNAMA (huruf besar) dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? | georgia;">Pada dasarnya rumus menulis akronim dinyatakan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 105-106. Walau bagaimanapun, dari segi amalan organisasi, contohnya JAKIM dan BERNAMA mengeja nama organisasi tersebut menggunakan huruf besar. Untuk makluman puan, Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai kamus umum merakamkan bentuk ejaan sebenar yang digunakan oleh organisasi tersebut. | Ejaan | 20.07.2018 |
Syarikat kami ingin memohon permit kelulusan pengambilan/pengeluaran air panas untuk tujuan perniagaan kesihatan kepada orang ramai. Kami telah berdaftar di Lemgaba Urus Air Selangor (LUAS). Syarikat berkhaskan pada MDHS untuk meluluskan membudayakan Bahasa pada penasihat Dewan Bahasa Dan Pustaka | georgia; font-size: 12px;">Pertanyaan daripada pihak tuan kurang difahami oleh pihak kami. Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda. | Lain-lain | 18.06.2017 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengapakah istilah 'subsidiary' diterjemahkan sebagai 'syarikat subsidiari' dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan, tetapi diterjemahkan sebagai 'anak syarikat' dalam Istilah Bahasa Melayu? Terjemahan manakah yang lebih tepat? Mengapa wujud perbezaan ini? Mengapa tidak diselaraskan sahaja? Sekian, terima kasih. | georgia;">Tidak ada yang perlu diselaraskan sekiranya anda memahami pemberian makna dan padanan dalam kamus. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, entri subsidiary diberikan padanan subsidiari, manakala entri subsidiary company yang diberikan padanan syarikat subsidiari. Kamus Dewan memberikan makna entri syarikat subsidiari sebagai anak syarikat. | Makna | 15.04.2018 |
Retorik merupakan penggunaan atau keupayaan menggunakan bahasa secara efektif. Kajian retorik merupakan satu kajian subliguistik dalam bahasa melayu. Soalan, berapa banyak teori retorik yang ada? yang saya ketahui dua, teori retorik klasik aristotle dan teori retorik moden enos dan brown? boleh terangkan teori retorik yang lain? terima kasih. | georgia; background: none 0% 0% / auto repeat scroll padding-box border-box rgba(0, 0, 0, 0);"> Teori-teori retorik melibatkan pelbagai pendekatan untuk memahami cara komunikasi digunakan untuk mempengaruhi pendengar. Teori klasik seperti yang dibincangkan oleh Aristotle memfokuskan tiga elemen utama: ethos (kredibiliti pembicara), pathos (emosi pendengar), dan logos (logik hujah). Teori retorik yang diperkenalkan oleh Chaim Perelman, menekankan pembentukan konsensus antara pembicara dan pendengar. Kenneth Burke, melalui konsep "identifikasi," melihat retorik sebagai cara untuk membentuk hubungan sosial dan identiti. Selain itu, teori kritikal mengkaji bagaimana retorik digunakan dalam konteks sosial seperti ras dan agama. Untuk bacaan lanjut, buku-buku berikut boleh dijadikan rujukan: - Rhetoric oleh Aristotle – asas teori retorik klasik.
- The New Rhetoric: A Treatise on Argumentation - Chaim Perelman & Lucie Olbrechts-Tyteca – teori argumentasi moden.
- A Rhetoric of Motives oleh Kenneth Burke – identifikasi dalam retorik.
- Rhetoric in Popular Culture oleh Barry Brummett – aplikasi retorik dalam media dan budaya popular.
- Rhetorical Criticism: Exploration and Practice oleh Sonja K. Foss – panduan dalam menganalisis wacana dan teks retorik.
georgia; background: none 0% 0% / auto repeat scroll padding-box border-box rgba(0, 0, 0, 0);">Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 13.11.2024 |
Assalamualaikum, Dalam bukunya Sains Matematik dalam acuan bahasa Melayu dan Islam , Shaharir Mohamad Zain ada kemukakan istilah - istilah seperti barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme. Saya tidak pernah dengar istilah - istilah ini dan saya ingin tahu jika DBP menerima pakai istilah tersebut dan mempunyai entri di PRPM? | georgia;">Akhiran "-isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme.Untuk makluman tuan, buku Sains Matematik dalam Acuan Bahasa Melayu dan Islam karya Shaharir Mohamad Zain,bukan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah yang tuan senaraikan, iaitu barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme tidak ada dalam pangkalan DBP. | Makna | 16.10.2017 |