Ayat yang manakah tepat? (a) Kenaikan harga barang membebankan golongan miskin. (b) Kenaikan harga barang membebani golongan miskin. | Ayat yang betul ialah kenaikan harga barang membebankan golongan miskin. | Tatabahasa | 02.12.2015 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. Ayat di bawah merupakan pilihan soalan peperiksaan PMR[a] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang naik". [b] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang yang menaik" [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat kenaikan harga barang". Antara ayat berikut,manakah betul?Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasannya.Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat kenaikan harga barang. | Lain-lain | 15.04.2010 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. [a] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat harga barang naik. [b] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat kenaikan harga barang. Antara kedua-dua ayat berikut,manakah betul?Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasannya.Terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut betul. unutk makluman, "akibat" ialah kata hubung bagi ayat tersebut. Harga barang naik merupakan klausa, manakala kenaikan harga barang ialah frasa nama. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
(a) Apakah golongan kata 'justeru'? (b) Bolehkah kata 'justeru' digunakan sebagai penanda wacana sebagai pengganti kepada 'oleh itu'? (c) Adakah penggunaan 'muthakir ini' bermakna 'dewasa ini'? (d) Adakah frasa 'faktor afdal' bermaksud 'faktor utama' atau 'faktor penting'? Sekian. | 1. Justeru termasuk dalam golongan penanda wacana, dan justeru bermaksud kebetulan, tepat, malahan dan bahkan. Oleh itu penggunaan perkataan justeru perlu disesuaikan dengan makna tersebut. 2. Mutakhir bermaksud terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, dan kemas kini; manakala dewasa ini bermaksud pada masa ini atau pada ketika ini. 3. Yang lazim digunakan ialah faktor utama atau faktor penting, sedangkan afdal bermaksud lebih utama atau terutama. Oleh itu, penggunaan faktor utama/faktor penting tidak boleh bertukar ganti dengan faktor afdal (jika ada penggunaannya). | Tatabahasa | 05.03.2010 |
Salam Satu Malaysia, 1. Makanan seimbang penting untuk/kepada kita. (untuk atau kepada,sila beri penjelasan) 2. Saya menghidangkan semangkuk bubur untuk/kepada nenek. 3. Kamal tidak menduga bahawa makanan dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya./ Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya. (ayat mana yang betul dan tolong beri penerangan). Soalan yang saya ajukan: Murid saya menulis karangan biografi ayah saya dan nenek saya.Apakah kata ganti nama diri orang yang betul ?(dia atau beliau) Terima kasih atas perkhidmatanyang pihak tuan sediakan. | 1. Makanan seimbang penting <b>untukb> kita. Penerangan: Kata sendi nama <b>untukb> digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, berfungsi untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 276). Untuk ayat ini, “makanan seimbang” diperuntukkan untuk kata nama “kita”. 2. Saya menghidangkan semangkuk bubur <b>kepada b>nenek. Penerangan: Kata sendi nama<b> kepadab> terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 272). Merujuk kepada ayat ini, kata sendi nama<b> kepadab> terletak di hadapan kata nama am “nenek” . 3. Kamal tidak menduga bahawa makanan <b>di dalamb> tin yang dibelinya telah luput tarikh. Penerangan: <b>Di dalam b>digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti <b>di dalamb> kereta, <b>di dalam b>rumah dan <b>di dalamb> dewan.<b> Dalam b>pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, <b>dalam b>fikiran, <b>dalam b>bidang sains dan <b>dalamb> kehidupan. Justeru, di dalam digunakan untuk tin kerana terdapat ruang yang boleh dilihat secara fizikal. 4. Kata ganti diri tunggal untuk ayah atau nenek ialah <b>beliaub>. Penerangan: Kata ganti nama diri orang ketiga<b> beliaub> sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Oleh itu, <b>beliaub> sesuai digunakan untuk ayah atau nenek. | Tatabahasa | 15.03.2018 |
Salam sejahtera, Saya mahu bertanya perbezaan antara perkaatan awam dan umum. Saya menulis "masyarakat awam" di peperiksaan, tetapi cikgu saya berkata bahawa "umum" harus digunakan. | 1. Awam - 1. berkenaan (melibatkan dan sebagainya) orang ramai sebagai suatu keseluruhan: <b>2.b> untuk atau terbuka kepada semua orang (tidak terkhusus atau teristimewa untuk golongan dan sebagainya tertentu):<b>3.b> bukan tentera atau polis dsb 2. Umum - secara keseluruhan (tidak pada atau mengenai yang tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lawan khusus (khas) Kedua-dua perkataan tersebut bolah digunakan dalam konteks ayat yang diberikan kerana membawa maksud yang sama. Sungguhpun demikian, pada kebiasaannya, perkataan yang digunakan ialah masyarakat awam. | Makna | 11.09.2017 |
1. Adakah selepas penggunaan tanda garis miring (/), perlu diselang atau disambung dengan ayat. Cth: a. buku/baju -sambung terus b. buku/ baju-ada jarak selepas tanda Mohon pengesahan penggunaan a atau b yang betul. 2. Bagaimanakah penggunaan perkataan pengelasan atau pengkelasan yang betul. | 1. Tanda garis miring (/) dibubuh di antara dua kata atau frasa tanpa jarak di kiri dan kanannya, sama dengan kedudukan tanda baca sisipan lain, iaitu tanda sempang dan tandang pisah. Cara penulisan garis miring yang betul pada contoh a. buku/baju. 2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan lain-lain). Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan pe-...-an menjadi pengelasan. | | Tatabahasa | 17.04.2017 |
golongan remaja banyak terpengaruh ............. gejala sosial. a) dengan b) oleh c) kepada d) pada apakah jawapan yang paling tepat dan mengapa? | Kata sendi nama “dengan” dan “oleh” boleh digunakan dalam ayat ini (Kata Sendi Nama + Frasa Nama). Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 421. | Tatabahasa | 26.06.2014 |
Salam Ramadan, 1. Apakah golongan kata bagi: a) atas? b) di atas? 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata 'atas' merujuk kepada kata arah sedangkan ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa 'atas' ialah KATA SENDI NAMA manakala frasa 'di atas' ialah KATA ARAH. Apakah pendapat tuan dalam hal ini? 3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu? 5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'? 6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Betul atau salah rangkai kata 'sudah sampai ke penghujungnya'? Terima kasih. | 1 dan 2. Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Perkataan "di" merupakan kata sendi nama. Oleh itu frasa di atas ialah frasa sendi nama. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? Penjodoh bilangan yang paling hampir untuk digandingkan dengan klip kertas ialah keping. Walau bagaimanapun lazimnya klip kertas dikira dalam bentuk unit, iaitu satu, dua dan tiga atau dalam jumlah yang lebih besar sekotak klip. 4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu? Apitan memper.....i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut sahaja yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper.....i iaitu: memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini Bentuk yang lazim digunakan merupakan bentuk terbitan yang lewah dan sepatutnya dieja seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperolehmemperbaiki seharusnya memperbaikmemperkuasai seharusnya menguasaimemperdalami seharusnya mendalami memperakui seharusnya mengakui/ memperakukan mempersetujui seharusnya menyetujui memperhalusi seharusnya menghalusi. 5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'? Meningkatkan ialah meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri Mempertingkatkan ialah menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; 6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
1. Yang mana betul: a. Saya bermandi di pantai bersama adik. b. Kami bermandi-manda di pantai. 2. Adakah mandi-manda termasuk dalam golongan kata nama, bolehkah diberi imbuhan ber menjadi bermandi-manda? | Mandi dan mandi-manda ialah perbuatan. Ayat Saya bermandi di pantai dan Kami bermandi-manda di pantai betul. | Tatabahasa | 02.02.2012 |