Apakah golongan kata bagi perkataan "teoretis"? (Kamus Dewan Edisi ke-4 m/s 1659) | Teoretis ialah kata nama. | Tatabahasa | 13.08.2013 |
Saya merujuk penggunaan perkataan dalam 'RUKUN NEGARA' PELITA BAHASA Mei 2011 m.s.54 (dan dalam keluaran bulan-bulan terdahulu) 1. bolehkah perkataan 'di kalangan' telah diubah menjadi 'dalam kalangan' (dot pertama) 2. 'di mana' (dot kedua) masih dikekalkan? 3. 'bersama' (dot ketiga) kenapa tidak 'bersama-sama' 4. perkataan 'bersama' - tertinggal dalam RUKUN NEGARA tulisan jawi (DOT 3) | Untuk makluman saudara, ketiga-tiga perkataan/frasa tersebut disalin dan dikekalkan ejaannya seperti teks asal Perisytiharan Rukun Negara. Walau bagaimanapun tidak semua perkataan/frasa tersebut betul dari aspek tatabahasa. Frasa 'dalam kalangan' adalah lebih penggunaannya daripada 'di kalangan' kerana kata di digunakan di hadapan kata nama yang merujuk tempat dan masa, sedangkan kalangan bermaksud lingkungan atau golongan (tiada kaitan dengan tempat atau masa). Frasa 'di mana' tidak digunakan dalam ayat penyata, sebaliknya digunakan dalam ayat tanya yang merujuk tempat. Perkataan 'bersama' sama maknanya dengan 'bersama-sama'. Terima kasih atas makluman tuan dalam soalan ke-4 dan hal ini akan saya kemukakan kepada pihak yang berkenaan. | Tatabahasa | 16.05.2011 |
Saya ingin bertanya tentang tatabahasa imbuhan apitan ber-an.Dari buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, oleh by Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Haji Musa . Penerangan apitan Ber-an diletakkan di bawah Tajuk kata kerja. Di dalamnya diterangkan bahawa ber-an digunakan bagi perkataan dasara kata kerja, kata nama dan juga kata sifat. Semua ini akan menghasilkan kata kerja. Soalan saya, saya cuba memahami kata kerja aygn terbentuk hasil daripada cantuman ber-an dan kata sifat, seperti "berjauhan", "berpanjangan" atau "berhampiran". Perkataan-perkataan ini tidak melambangkan kata kerja malah lebih kepada kata sifat. Sekiranya dapat pihak tuan menjelaskan dengan lebih terperinci apakah kontek maksud ber-an dalam perkataan dasar kata sifat ini. Sekian terima kasih. | Apitan beR-...-an boleh menghasilkan kata nama dan kata adjektif selain daripada kata kerja. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 199-200, di bawah tajuk (b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan beR-...-an: Sebahagian besar daripada kata dasar yang dibentuk dengan apitan beR-...-an terdiri daripada golongan kata kerja ... hanya beberapa perkataan yang terdiri daripada kata nama atau kata adjektif. Contoh yang dinyatakan seperti berjauhan dan berpanjangan merupakan kata adjektif (sifat). | Tatabahasa | 21.01.2011 |
Saya nama Mareenee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya tentang tata bahasa Melayu,apakah maksud kata depan itu,terima kasih. | Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya. Subgolongan kata depan seperti yang berikut, a. kata depan tempat b. kata depan arah c. kata depan waktu d. kata depan perhinggaan e. kata depan penyertaan f. kata depan alat g. kata depan gaya h. kata depan manfaat I. kata depan agentif j. kata depan ligature dan pengantar judul k. kata depan kiasan l. kata depan penafian m. kata depan pengecualian Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Saya Anuwa Rohing sedang belajar bahasa Melayu dasar , di Universiti Fatoni selatan Thailand , ingin bertanya DBP tentang tatabahasa apkah pengertian kata depan, terima kasih | Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya. Subgolongan kata depan seperti yang berikut, a. kata depan tempat b. kata depan arah c. kata depan waktu d. kata depan perhinggaan e. kata depan penyertaan f. kata depan alat g. kata depan gaya h. kata depan manfaat I. kata depan agentif j. kata depan ligature dan pengantar judul k. kata depan kiasan l. kata depan penafian m. kata depan pengecualian Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
Saya Somsak Senkonam Sedang Belajar di pusat Bahasa Melayu Dasar. Universisti Pattani, ingin Bertanya DBP;apakah kata depanyang terdapat d iDBP yang Berhubungan dengan Wilayah SATUN.Thailand.Terima kasih. | Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya. Subgolongan kata depan seperti yang berikut, a. kata depan tempat b. kata depan arah c. kata depan waktu d. kata depan perhinggaan e. kata depan penyertaan f. kata depan alat g. kata depan gaya h. kata depan manfaat I. kata depan agentif j. kata depan ligature dan pengantar judul k. kata depan kiasan l. kata depan penafian m. kata depan pengecualian Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 12.11.2013 |
Saya pernah tanya soalan ini: Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik. Jawapan DBP seperti ini: Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan. Saya tertanya mengapa ia 'tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' walhal kata 'pemer-' sebagai padanan 'pelaku' untuk 'memper-' iaitu perbuatannya sudah diterima dalam bahasa Melayu khususnya dalam entri Kamus Dewan. Kata seperti 'pemeroleh' yang bermakna orang/pihak yang 'memperoleh' dan 'pemerkosa' yang bermakna orang/pihak yang 'memperkosa' sebahagian perbendaharaan kata Melayu dan ini tidak dapat dibahaskan sebagai 'kekecualian' dalam bahasa kerana tiada bentuk yang dapat diwujudkan untuk 'menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' dan kata-kata seperti 'pemeroleh' dan 'pemerkosa' mendukung makna sendiri. Mungkin 'sistem pembentukan kata untuk imbuhan' DBP perlu dikemas kini dengan data terkini. | Untuk perkataan memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang, awalan memper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: Cantik – mempercatik (menjadikan lebih cantik) (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, m.s.: 179) Untuk perkataan pemerkosa, kata dasarnya adalah perkosa. Perkataan ini menerima imbuhan awalan peN- untuk membentuk kata nama terbitan. PeN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng , r, l, dan w. Contohnya: Masak – pemasak Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya: Perkosa – pemerkosa Tahan – penahan Karang – pengarang Selam – penyelam Untuk lebih memahami pembentukan kata nama dengan lebih lanjut, tuan boleh merujuk buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m.s.: 104 – 132) | Tatabahasa | 11.07.2019 |