Saya ingin bertanya bagaimana mennyebut H1N1 dan H7N9 dalam bahasa Melayu, apakah H. Satu N. Satu dan H. Tujuh N. Sembilan? Ketika ini saya dengar semua media elektronik di Malaysia dalam berita bahasa Melayunya menyebut H. One N. One dan H. Seven N. Nine, tapi dalam berita bahasa Cina, sebutan angka itu dibaca dalam bahasa Cina. Saya juga ada mendengar berita bahasa Melayu dari TV Singapura yang menyebut angka itu dalam bahasa Melayu. Jadi saya keliru apakah betul sebutan media berbahasa Melayu di Malaysia. Sekian | Sebutan sepertimana bentuk visualnya dalam bahasa Melayu, iaitu H1N1 disebut H satu N satu dan H7N9 disebut H tujuh N Sembilan. | Tatabahasa | 11.04.2013 |
Adakah huruf h dan huruf k dalam perkataan hari kantin perlu ditulis dalam huruf besar ketika menulis dalam karangan. Contoh: Sekolah saya mengadakan hari kantin pada hari Jumaat yang lalu. | Ejaan yang betul ialah Hari Kantin. | Ejaan | 16.07.2012 |
Antara "hari raya Aidilfitri" (h dan r huruf kecil) dengan "Hari Raya Aidilfitri" (h dan r huruf besar), yang mana tepat? | Dalam ayat biasa frasa hari raya Aidilfitri adalah betul, tetapi dalam penulisan tajuk atau ucap selamat frasa Hari Raya Aidilfitri adalah betul. | Ejaan | 28.08.2011 |
Berkenaan terjemahan nota kaki; 1. e.g. Abu Walid al-Baji al-Maliki (d. 474 A.H./1081 A.C.), apakah terjemahan untuk: i. 'd.' (meninggal) ii. 'A.H' (After Hijrah) iii. 'A.C' / 'A.D' (After Christ/Anno Domini) iv. 'p.' (page) v. 'B.C' (Before Christ) Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang betul ialah i. m. (mati) ii. TH (Tahun Hijrah) ii. TM (Tahun Masihi) iv. SM (Sebelum Masihi) | Lain-lain | 29.12.2013 |
bagaiamakah penggunaan singkatan bagi tahun masihi dan hijri. Adakah 1445 H atau 1445H? | Tidak ada format yang standard berkenaan cara penulisan yang melibatkan tahun Masihi (M) dan tahun Hijrah (H). Walau bagaimanapun, dalam memo dan surat, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443 sahaja. | Lain-lain | 12.01.2023 |
Tuan, mana satu tulisan yang betul melibatkan M atau H bagi tahun masihi dan hijrah: - 4 Oktober 2021M bersamaan 27 Safar 1443H; - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443; atau - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443H | Tidak ada format yang standard berkenaan cara penulisan yang melibatkan tahun Masihi (M) dan tahun Hijrah (H). Walau bagaimanapun, dalam memo dan surat, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443 sahaja. | Lain-lain | 04.10.2021 |
Assalamualaikum w.b.h., Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa definisi kaunseling dalam PRPM DBP adalah tidak tepat dan mengelirukan. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kaunseling Sehubungan itu, dikemukakan definisi berikut untuk perhatian; Kaunseling bererti "suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta Kaunselor 1998)." chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://warga.nres.gov.my/sites/epsikologi/Documents/Pekeliling/Akta%20Kaunselor%201998.pdf Menurut APA (2018), kaunseling bermaksud bantuan yang profesional bagi menangani permasalahan peribadi, yang merangkumi emosi, tingkah laku, vokasional, perkahwinan, pendidikan, rehabilitasi dan permasalahan berkaitan dengan peringkat kehidupan. https://dictionary.apa.org/counseling Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam. Tuan, terima kasih atas pandangan tuan. Untuk makluman tuan, takrifan kaunseling dalam PRPM (kamus) ialah takrifan secara umum sahaja. Walau bagaimanapun, kami mengambil perhatian terhadap pandangan tuan dan akan menyesuaikan takrifan kaunseling yang tuan cadangkan dengan takrifan yang sedia ada untuk kamus edisi yang akan datang. | Makna | 30.06.2025 |
Assalamualaikum w.b.h., Tuan/Puan, Huraian intrusive thoughts dalam PRPM DBP adalah tidak tepat. Hal ini kerana dua sebab. Pertama, huraian tersebut mengetengahkan konsep pemikiran, yang mana ianya adalah berbeza daripada konsep sebenar. Kedua, huraian tersebut memberikan makna yang negatif, walhal ianya juga merangkumi makna yang bukan negatif. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=intrusif&d=250808& APA Dictionary (2018) menerangkan bahawa intrusive thoughts bermaksud peristiwa yang bersifat mental yang mencelah aliran pemikiran yang berkaitan dengan tugasan meskipun usaha bagi mengelakkannya. https://dictionary.apa.org/intrusive-thoughts Sehubungan itu, dikemukakan perkara tersebut untuk perhatian tuan/puan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, huraian ini telah diteliti oleh Jawatankuasa Istilah Semasa (JKIS) DBP dan pakar bidang berdasarkan pelbagai rujukan yang autentik. Huraian ini diolah dalam bahasa mudah untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat umum, namun huraian tersebut bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang berkaitan. | Istilah | 11.07.2025 |
Apakah sebutan yang betul bagi huruf H? Eitch atau hech? Jika hech, sejak bilakah sebutan ini dikuatkuasakan? Sewaktu saya di alam persekolahan tahun 70an dan 80an, sebutan yang diajar di sekolah ialah eitch. Terima kasih. | Sebutan yang betul ialah ec . Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 28.01.2008 |
7)Workers House /Store 8)TNB Sub-Station H.T switch gear room, transformer room, MSB room, generator room. 9)Workshop 10)Water Tank 11)Septic Tank | 7)Rumah Pekerja/Stor 8)Pencawang TNB bilik peralatan suis voltan tinggi,bilik transformer,bilik MSB,bilik generator. 9)Bengkel 10)Tangki Air 11)Tangki Septik | Istilah | 25.10.2011 |