Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata HQ


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak HQ kami di Bangkok akan menerbitkan satu cetakan yang menggunakan perkataan ayat dibawah. "RAKAN ANDA YANG BERGANDING BAHU DIMANA JUA" Kami rasakan ayat yang dicadang mereka ini agak tergantung. Minta nasihat ayat yang sesuai. terima kasihAyat yang dicadangkan ialah "RAKAN YANG SENTIASA BERSAMA-SAMA ANDA".Lain-lain28.10.2024
Salam, apakah makna "HQ" secara terperinci dalam bahasa Melayu?Salam. Perkataan "HQ" ialah singkatan daripada perkataan Inggeris, iaitu "Headquarters" yang bermaksud "ibu pejabat" atau menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah "pejabat besar".Istilah04.04.2013
Tuan, Selamat petang. Kami baru ada hantar permohonan semak papan tanda untuk syarikat kami, (Elite tag M&E Sdn Bhd) untuk pengesahan BM. Kami ada HQ di Johor Bahru (Elite Tag M&E (JB) Sdn Bhd), ingin membuat signboard yang serupa (cuma tukar nama syarikat, nombor pendaftaran bisnes, alamat dan emel), kami kena buat permohonan baru utk HQ atau boleh guna nombor sijil yang sama? Terima kasih. Elite Tag M&E Sdn Bhd Angie WongSila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP"Lain-lain25.08.2016
As'salam, saya azrai daripada KWSP HQ di jalan raja laut. saya memohon bantuan untuk terjemah terma terma akaun yang dikeluarkan oleh Malaysian Accounting Standard Board kepada bahasa malaysia. sila rujuk dokumen yang dilampir. sata sudah terjemah mengikut kesuaian, harap pihak DBP dapat memberi maklum balas selewat lewet nya pada 24 november 2017.Untuk makluman tuan, kebanyakan istilah/terjemahan yang dilampirkan tiada dalam kamus, istilah atau sumber rujukan kami yang lain. Kami perlu merujuk pihak yang lebih arif dan berwibawa untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Kami memerlukan sedikit waktu lagi untuk menyemak dan jawapan akan die-melkan terus kepada tuan.Lain-lain22.11.2017
Bagaimana untuk menerbitkan buku.saya mahu menerbitkan journey Saya sebagai usahawan.saya sudah maklumkan kepada hq dbdp dan mereka Minta untuk pergi ke dbdp kuching.semoga dapat membantu Saya.Saudara boleh menghantar manuskrip (salinan lembut dan salinan cetak) untuk diterbitkan berserta maklumat diri kepada:

Pengarah,
Jabatan Penerbitan,
Aras 22, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

E-mel: azahari@dbp.gov.my

Walau bagaimanapun, keputusan sama ada karya tersebut boleh diterbitkan tertakluk kepada Jawatankuasa Editorial DBP.

Karya02.08.2023
Selamat sejahtera Tuan, saya cikgu mata pelajaran sejarah. Saya ingin tahu, adakah DBP ada jual buku teks sejarah Tingkatan 4 yang versi baru 2020 KSSM di HQ DBP Jalan Maharajalela? Hal ini disebabkan banyak kedai buku kata DBP belum hantar buku sekian, terima kasih=)Salam tuan budiman,

Dimaklumkan bahawa, buku teks sejarah Tingkatan 4 versi baru 2020 KSSM telah ada di Kedai buku DBP Jalan Maharajalela.

Untuk makluman tambahan, buku terbitan DBP boleh di beli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 

•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my//

 

Sekian, terima kasih

Lain-lain26.12.2019

Kembali ke atas