Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum Cina yg berasal dr pulau Hainan, China dan tinggal di merata tempat di dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Hailam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya dapati ada sedikit percanggahan antara jawapan yang diberikan di dalam PRPM ini dengan penerangan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Contohnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mi hailam ditulis mi Hailam dan bukannya mi hailam seperti yang pihak tuan jelaskan. Adakah ini bermakna terdapat ejaan baru yang tidak dikemas kini di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Dan bilakah edisi yang terkini dan terbaharu akan keluar jika begitu? Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat tiada entri untuk mi hailam tetapi ada entri mi iaitu sejenis bahan makanan yang rupanya seperti laksa tetapi biasanya berwarna kuning (diperbuat daripada tepung gandum).
2. masakan daripada mi; mi goreng, mi sup.

"mi goreng" ada di dalam entri Dewan Bahasa Edisi Empat dan frasa ini sama konsep dengan "mi hailam" yang ditulis dengan huruf kecil.
Tatabahasa16.01.2013
Salam, saya ingin bertanyakan tentang istilah makanan dan penggunaannya huruf besar dan huruf kecil. Mi hailam atau mi Hailam? Mi bandong atau mi Bandong dan sebagainya. Terima kasih.Perkataan "mi bandong" dan "mi hailam" ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa15.01.2013

Kembali ke atas