| madsud tentang penyerahan bagi sesuatu projek.(handover) dalam bahasa melayu yang lebih terperinci. | Encik Mohd Zuhri, Berikut disenaraikan terjemahan handover yang dipetik daripada Kamus Istilah: | handover word | perkataan serah | Geografi | | | handover | serah | Kejuruteraan | | | handover mouth technique | teknik tangan-atas-mulut | Perubatan | | | handover copies | naskhah serahan | Komunikasi | |
| Istilah | 21.05.2009 |
| Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. A Reading Book Of China’s National Condition a) Buku Bacaan Keadaan Semasa Negara China b) Buku Bacaan Hal Ehwal Semasa Negara China c) Buku Bacaan Keadaan Negara China 2. Illustrated China a) Peristiwa Bergambar Negara China b) Cerita Bergambar Negara China 3. People's livelihood a) Sara hidup rakyat b) Kehidupan rakyat 4. Special Report on National Condition a) Liputan Khas Keadaan Semasa Negara b) Laporan Khas Keadaan Semasa Negara 5. Special topic / special feature on national condition a) Topik Khas Keadaan Semasa Negara b) Rencana Keadaan Semasa Negara 6. Fascinating National Condition – Pesona Keadaan Semasa Negara 7. Hong Kong's Return to China / Handover of Hong Kong a) Penyerahan Hong Kong kembali kepada Pemerintahan China b) Penyerahan Kedaulatan Hong Kong kepada Pemerintahan China Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. A Reading Book of China’s National Condition: Buku Bacaan Berkaitan Keadaan Rakyat/Negara China 2. Illustrated China: Maklumat Berilustrasi Negara China 3. People's Livelihood: Mata Pencarian Rakyat 4. Special Report on National Condition: Laporan Khas Berkaitan Rakyat/Negara 5. Special Topic/Feature on National Condition: Topik Khas Berkaitan Rakyat/Negara 6. Fascinating National Condition: Keadaan Rakyat/Negara yang Mempesonakan/Mengagumkan/Menakjubkan 7. Hong Kong's Return to China/Handover of Hong Kong: Penyerahan Semula Hong Kong kepada Negara China Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2021 |