Circulation and counter narrative In the Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah was born in Sungai Duyung and later, with his parents moved to Bentan, before being taken into service by the Sultan of Malacca. The exact location of Sungai Duyung is not stated in the Hikayat. There are many different claims to the possible location of Sungai Duyung, ranging from in Malacca, Riau, Tereng- ganu and Palembang (Muhammad Haji Salleh 2013. The most popular story of origin in Malaysia is that Hang Tuah was born in a Malay village called Sungai Duyong located in what is now the Central Malacca District. There is an ancient well in the village said to be dug by Hang Tuah, and more recently a heritage complex named the Hang Tuah Centre was built to further affirm Malacca’s claim to Hang Tuah’s birthplace. | Piahk kami memohon maaf kerana tidak memahami apakah soalan yang ingin ditanyakan. Untuk makluman juga, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. | Lain-lain | 15.09.2016 |
Cerita2 Hikayat Hang Tuah adalah sebuah legenda yang tidak pasti kewujudannya. Bagaimana pula Hikayat Seniman Agung P. Ramlee dan Hikayat Tun Teja yang hidup di zaman Hang Tuah? Dan siapa pula Dang Anum dan Tun Fatimah? Bolehkah mereka dipanggil Serikandi? | Hang Tuah adalah tokoh legenda Melayu yang dipercayai oleh para sarjana tentang kewujudannya berdasarkan tulisan-tulisan yang terdapat dalam manuskrip Melayu dan tinggalan seperti pergi Hang Tuah di Melaka. Manakala Seniman Agung P. Ramlee yang terbukti kewujudannya melalui filem-filem lakonnya. Beliau dipanggil sebagai lagenda kerana keagungannya dalam bidang perfileman Melayu yang tiada tolok bandingnya. Tun Teja, Dang Anum dan Tun Fatimah pula adalah tokoh srikandi yang kisah mereka diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Mereka digelar sebagai srikandi kerana semangat keberanian mereka dalam menegakan kebenaran. | Lain-lain | 31.05.2010 |
Saya ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan prosa tradisional hang tuah mengalahkan taming sari yang terdapat dalam antologi anak bumi tercinta? Saya memerlukan huraiannya. Terima kasih | Untuk mendapat huraian tentang pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam teks KOMSAS "Anak Bumi Tercinta", saudara/saudari boleh mendapat atau membuat rujukan dalam buku-buku huraian tentang teks KOMSAS ada ada dijual di kedai-kedai buku termasuk di Kedai Buku DBP. Untuk mendapat atau merujuk teks Hikayat Hang Tuah sepenuhnya yang disusun oleh Kassim Ahmad, saudara/saudari boleh merujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau membeli di Kedai Buku DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.05.2007 |
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh menggantikan perkataan 'hang' dalam konteks ayat - "Anak saya akan gelisah jika peranti mudah alih yang digunakannya 'hang' " ? (2) Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat ini - "I feel uneasy when my mobile phone is broken" (3) Adakah 'tidak tenteram' , 'tidak senang' , 'gelisah' menggambarkan perasaan yang membawa maksud yang sama? (4) Adakah perkataan 'tergendala' boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang'? (5) Dalam konteks ayat ini - "Anak saya berasa tidak senang apabila peranti mudah alih yang digunakannya kehabisan bateri. " Perkataan yang sesuai adalah 'berasa' atau 'merasa'? Apakah yang membezakan kedua-dua maksud perkataan ini? Terima kasih. | (1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh menggantikan perkataan 'hang' dalam konteks ayat - "Anak saya akan gelisah jika peranti mudah alih yang digunakannya 'hang' " ? Jawapan: Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan, perkataan hang boleh bermaksud delay, iaitu tergendala. Maka, pihak kami mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut ialah tergendala. (2) Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat ini - "I feel uneasy when my mobile phone is broken" Jawapan: Pihak kami mencadangkan padanan bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat tersebut ialah risau. (3) Adakah 'tidak tenteram' , 'tidak senang' , 'gelisah' menggambarkan perasaan yang membawa maksud yang sama? Jawapan: ‘tidak tenteram' dan ‘gelisah’ membawa maksud yang sama. Namun, ‘tidak senang’ lebih tepat sekiranya ditambah dengan perkataan hati, iaitu ‘tidak senang hati’ (biasanya disebabkan oleh sesuatu perkara atau perbuatan). (4) Adakah perkataan 'tergendala' boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang'? Jawapan: Perkataan tergendala boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang' (5) Dalam konteks ayat ini - "Anak saya berasa tidak senang apabila peranti mudah alih yang digunakannya kehabisan bateri. " Perkataan yang sesuai adalah 'berasa' atau 'merasa'? Apakah yang membezakan kedua-dua maksud perkataan ini? Terima kasih. Jawapan: Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan makna kedua-duanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya, perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit, dan (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Merasa pula biasanya bermaksud mengalami rasa dengan lidah seperti manis atau masin. Oleh sebab itu, pihak kami mencadangkan penggunaan perkataan berasa dalam konteks ayat yang diberikan.
| Makna | 09.11.2019 |
1.Apakah perbezaan diantara puluhan dan berpuluh-puluh Contohnya (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir 2. Apakah kata ganti nama yang sesuai? "______ ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah 3. "Tiga hari lagi _____ ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah. | 1. (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir. Kedua-duanya boleh digunakan. Yang lebih tepat ialah Berpuluh-puluh. 2. Tuan Hamba ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah 3. "Tiga hari lagi hamba ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah. | Tatabahasa | 25.03.2013 |
Ayat mana satukah yang wajar? 1) Sultan melantik Hang Tuan sebagai Bendahara Melaka. 2) Sultan melantik Hang Tuan untuk menjadi Bendahara Melaka. Dalam jawapan anda, sila sertakan penjelasan bagi perbezaan antara "sebagai" dan "untuk menjadi" dalam kedua-dua ayat di atas. Terima Kasih. | Ayat pertama yang wajar, iaitu Sultan melantik Hang Tuah sebagai Bendahara Melaka. Makna 'sebagai' ialah jadi, menjadi, selaku. | Tatabahasa | 05.06.2008 |
1. "Bilakah baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. 2. "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Terima kasih. | Ayat 1 " Bilakah baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Ayat ini betul Ayat 2 "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" Tanya Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Perkataan ujar perlu ditukar kepada perkataan Tanya. | Tatabahasa | 14.08.2018 |
Kalau ayat di bawah ini lebih tepat guna patik atau hamba.... "Biarlah______________ yang menentang Hang Jebat yg derhaka itu," kata Hang Tuah kepada Bendahara Tun Perak. | 'Hamba' digunakan apabila bercakap dengan 'tuan' atau orang yang lebih rendah tarafnya daripada sultan/raja. Dalam konteks Hang Tuah kepada Bendahara Tun Perak, kata ganti diri nama diri pertama "hamba" digunakan. | Tatabahasa | 12.03.2014 |
apakah gantinama kedua yang sesuai digunakan dalam pertuturan antara Hang Jebat dan Hang Tuah? tq | Untuk makluman tuan, Dalam bahasa Melayu kata ganti nama diri kedua: kamu, awak, anda. | Tatabahasa | 12.05.2009 |
salam. Laksamana Hang Tuah terkenal dengan (kecekapannya / ketangkasannya) bermain senjata. Jawapannya: kecekapannya atau ketangkasannya. Terima kasih | Laksamana Hang Tuah memang terkenal dengan kecekapan bermain senjata. Mengikut Kamus Dewan, kecekapan ialah kebolehan melakukan sesuatu (seperti kerja) dengan cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu). | Makna | 07.12.2014 |