| one day countdown labour day | Penyiaran detik satu hari ke Hari Buruh | Istilah | 02.03.2011 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kerelevanan penggunaan huruf kecil dan besar yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah istilah keagamaan seperti hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak (saya hanya namakan sebahagian, sedangkan terdapat lebih banyak perkataan lain lagi) yang dieja dengan huruf kecil? Sedangkan hari Buruh, Gawai serta Hell, Heaven, Apocalypse, Halloween (dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan) dieja dengan huruf besar? Bukankah istilah keagamaan yang saya namakan tadi dianggap khusus dan sangat besar maknanya dalam isu keagamaan? Mengapakah hari yang darjatnya tidak setinggi hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar dan sebagainya itu dieja dengan huruf besar tetapi perkataan yang kritikal seperti istilah tersebut digunakan huruf kecil? | Pihak kami mengambil maklum atas pandangan puan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkenaan dan akan menjawap pertanyaan puan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepekaan puan dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 19.08.2019 |
| Bagaimanakah tanda baca yang betul untuk menulis rangkai kata hari kemerdekaan? Sepanjang saya belajar di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, guru-guru mengajar saya supaya menulis 'Hari Kemerdekaan' ( h dan k ) ditulis dengan huruf besar. Persoalannya ialah, dalam buku KSSR tahun 1 ( SJKC ) di tulis dengan huruf kecil. Yang manakah tanda baca yang betul ? Jika tuan tidak keberatan, saya ingin mendapatkan jawapan segera. | Dalam Kamus Dewan dieja "hari Kemerdekaan" sama seperti hari Buruh dan hari Pahlawan. | Ejaan | 11.10.2011 |