Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) cukai tanah; b) hasil bumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. cukai yg dikenakan pd tanah. b. hasil bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan di antara faedah, hasil, hak, kepentingan dan manfaat dalam isu harta?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud faedah ialah sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Manakala hasil pula bermaksud sesuatu yang diperoleh daripada se­suatu usaha, tanah, tanam-tanaman dan lain-lain. Maksud hak ialah yang benar, manakala kepentingan pula ialah sesuatu yang penting atau yang sangat dihargai dan akhir sekali maksud manfaat ialah sesuatu yang mendatangkan kebaikan.  Maka perbezaan di antara faedah, hasil, hak, kepentingan dan manfaat dalam isu harta mempunyai maksud yang tersendiri mengikut konteks ayat.Makna13.05.2016
Salam. Saya mahukan kepastian berhubung makna "tut". Menurut Kamus Dewan, tut ialah hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik). Sedangkan, proses tut tidak melibatkan percantuman tunas. Salah seorang panel saya mengatakan proses mencantumkan tunas itu merupakan proses "kahwin". Tut hanya dibuang kulit pada batang, ditempekkan tanah pada kawasan tersebut sehingga tumbuh akar, kemudian batang tersebut dipotong untuk ditanam di tanah. Oleh itu, mohon kerjasama pihak DBP untuk membuat pengesahan berhubung kekeliruan makna ini. Sekian, terima kasih.Salam,

Untuk makluman, pihak kami biasanya akan memegang apa yang terakam dalam kamus sebagai rujukan. Akan tetapi, kami mengucapkan terima kasih atas makluman yang diberikan. Kami akan mengambil maklum akan hal tersebut dan cuba mengajukannya kepada bahagian yang terlibat untuk membuat semakan.
Makna27.11.2015
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

 
Berikut ayat yang telah dipinda.

1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

Tatabahasa19.07.2013
Saya ingin tahu asal usul & makna kalimah "tuan tanah kedaung". Apa sebenarnya "kedaung" itu? Pohon petai?Makna "kedaung" dalam Kamus Dewan ialah sejenis tumbuhan (pokok) yang boleh dibuat ulam dan ubat, atau disebut jua beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur. Untuk mengetahui asal usul perkataan sila rujuk buku atau hasil kajian yang dibuat tentang tumbuhan tersebut.Makna21.06.2009
saya seorang yang langsung tidak berpengalaman dalam bidang penulisan. saya mahu memulakan penulisan tetapi tidak tahu cara bagaimana harus memulakannya dan kepada pihak mana hasil penulisan harus dihantar untuk terbitan.

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penerbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain20.05.2009
Soalan ini berkaitan dengan ejaan nama tempat di Malaysia. Timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung laporan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bunga Pulau Pinang. Kenapa semua akhbar dan semua stesen TV menggunakan ejaan dan sebutan sebagai `Tanjung Bungah' yang sememangnya popular digunakan sejak era awal dulu. Bukankah mulai 1972 kita telah menguatkuasakan pengunaan ejaan baharu. Apa ketetapan DBP tentang hal ini. Elok juga dimaklumkan kepada semua akhbar dan stesen Radio/TV bagi mewujudkan keselearasan agar tidak berulang kesilapan. Untuk makluman, nama beberapa tempat lain juga perlu diselaraskan seperti `Simpang Ampat' di Pulau Pinang, `Simpang Anam' di Johor. Begitu juga dengan Ayer Hitam, Air Hitam dan Air Itam.Untuk makluman tuan, penentuan tatanama geografi tidak mudah kerana nama-nama khas ini dikaitkan dengan berbagai jenis konteks dan semuanya ini diselubungi emosi dan masing-masing mempertahankan tradisi tempatan. Sejak tahun 1970-an lagi, selepas Ejaan Rumi Baru Melayu diperkenalkan, kami telah menerima permintaan daripada pelbagai pihak untuk mengekalkan tradisi ejaan masing-masing. Misalnya, pengekalkan grafem yang menggunakan ejaan <ch> seperti <Cheras>, <Puchong>, dan <Kuching> yang terpaksa dikekalkan. Begitu juga dengan ejaan "Ipoh"  (sepatutnya Ipuh) yang diminta oleh Kerajaan Negeri Perak supanya dikekalkan. Kami juga mencadangkan nama-nama yang dieja menurut ejaan Inggeris seperti <Klang> dan <Trengganu> diubah menjadi Kelang dan Terengganu. Walau bagaimanapun, hanya Terengganu sahaja yang menunjukkan hasil positif. Klang tetap Klang, dan demikian juga nama-nama tempat yang serupa itu.

Berikutan hal tersebut, tatanama geografi yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan ejaan asalnya. Penamaan nama tempat sekarang perlu mengikut ejaan bahasa Melayu yang telah diselaraskan. 
Lain-lain26.10.2017
1)Sila definasikan Kadar Pulangan dalam Bahasa Malysia yang berasal dari perkataan Rate of Return dalam konteks Real Estate terms. 2) Sila definasikan Hartanah Perdagangan dalam Konteks Real Estate,

Makna kadar pulangan secara umum ialah jumlah atau banyaknya bayaran yang dikenakan ke atas hasil  drpd atau pendapatan penanaman modal (pekerjaan, pemberian, perkhidmatan, dll). Saudara perlu menyemak istilah tersebut dan istilah Harta Tanah Perdangan dalam bidang Harta Tanah (Real Estate) di IPTA/IPTS yang mengendalikan kursus dalam bidang tersebut.

Istilah19.11.2008

Kembali ke atas