| Tuan, sekarang kerap kita lihat orang menggunakan kata “healing” bagi menggambarkan usaha mencari ketenangan diri. Justeru, apa kata padanan yang sesuai bagi menggantikan kata healing ini dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Cadangan padanan yang sesuai bagi perkataan "healing" ialah penyembuhan atau pemulihan. Walau bagaimanapun, bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Lain-lain | 16.07.2023 |
| Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan yang sesuai bagi "self-healing product" dalam bidang perubatan atau perniagaan. Terima kasih | Mengikut pangkalan data DBP, istilah “self-healing product” diberikan padanan “produk swasembuh”. | Istilah | 10.03.2014 |