| Tuan, yang manakah jawapan paling tepat. " Hisyam, _______ perlahankan suara kamu semasa bercakap dengan orang yang lebih dewasa," tegur ibunya. (tolong atau sila atau minta.) | "Hisyam, tolong perlahankan suara kamu semasa bercakap dengan orang yang lebih dewasa," tegur ibunya. | Tatabahasa | 08.07.2015 |
| Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Saya Nor Hisyam ingin bertanya mengenai nama Papan Tanda Besar yang sesuai untuk diletakkan di Pusat Beli-Belah KIPMART Masai. Penerangannya ialah KIP REIT dipegang oleh pemegang saham dan pemegang amanah ialah Pacific Trustee Berhad,manakala diuruskan oleh KIP REIT Management Sdn. Bhd. serta hartanah diuruskan oleh Azmi&CO. Soalan saya ialah apakah nama yang sesuai untuk diletakkan di papan tanda besar KIPMART Masai untuk dalam kurungan seperti 1: KIPMART Masai (Pemilikan oleh KIP REIT) 2: KIPMART Masai (Dimiliki oleh KIP REIT) 3:KIPMART Masai (Dimiliki oleh PACIFIC Trustee Berhad) Terima Kasih dan saya memerlukan jawapan secepat mungkin. 1: | Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ Sila kemukakan permohonan dengan visual iklan dan pihak kami akan membantu membetulkan jika terdapat kesalahan. Terima kasih. | Lain-lain | 30.05.2017 |
| Assalamualaikum. Saya hendak bertanya, adakah penulisan monolog (disuarakan) dan monolog (dalaman/kata dalam hati), kedua-duanya menggunakan tanda petik tunggal? Terima kasih | Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), tanda petik tunggal (‘ ’) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contohnya: - “Amboi, sejak menjadi ‘orang kaya baharu’, batang hidungnya pun tak nampak!” sindir Hisyam.
Walau bagaimanapun, dalam penulisan Sastera Moden, seperti Cerpen dan Novel, monolog dalaman watak dicetak dengan huruf condong (italik) atau menggunakan kata petik tunggal (‘ ’) dan hurufnya tidak condong. Contohnya: - Ah! Biarkan! Itu masalah Puteri Raden Adraini. Perusahaanku sudah cukup untuk memenuhi pemikiranku. Aku tidak perlu menambahkan lagi beban pada otakku ini. – Monolog yang dicetak dengan huruf condong; atau
- ‘Ah! Biarkan! Itu masalah Puteri Raden Adraini. Perusahaanku sudah cukup untuk memenuhi pemikiranku. Aku tidak perlu menambahkan lagi beban pada otakku ini.’ – Monolog yang dicetak dengan menggunakan tanda petik tunggal.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 197. | Tatabahasa | 18.02.2025 |
| Salam sejahtera. Mohon rujuk lampiran fail kerana soalan tersebut tidak dapat dihantar dalam ruangan soalan. | Tanda petik tidak boleh digunakan bagi perkataan tersebut. Berdasarkan buku Gaya Dewan, tanda petik (“…”) digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut: - Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis.
Contoh: “Bila sampai?” tanya Husin - Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.
Contoh: Rencana yang ditulisnya, “Manusia dan Alam Sekitar” terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains - Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.
Contoh: Amin sedang menyediakan “anatomi” halaman buku ini. Bagi tanda petik tunggal (‘…’) pula, tanda ini digunakan dalam ungkapan atau ayat yang diapit tanda petik. Contohnya, “Amboi! Sejak menjadi ‘orang kaya baru’, batang hidungnya pun tak Nampak,” sindir Hisyam. Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 77. | Tatabahasa | 27.01.2023 |