ayat dan frasa yang mana satu betul dan saya mohon penjelasan bagi setiap jawapan. 1a) Kim Ho menyangkutkan pakaian di dalam bilik b) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik 2 a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan 3 a)Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina 4 a)sayur sayuran b) sayur-sayuran | 1a) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik - kata kerja transitif aktif yang tidak membawa maksud menyebabkan dan manfaat seperti dalam apitan meN...kan. 2a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan. Kedua-dua ayat betul, kata pemeri ialah boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. 3a) Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina - kedua-duanya diterima namun yang gramatis ialah Tahun Baharu Cina 4b) sayur-sayuran - kata ganda Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahsa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
apakah jenis ayat dibawah:(ayat tunggal atau ayat majmuk) a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis pada dinding. b)Kin Ho berlari dengan pantas menuju garisan penamat. mohon penjelasan bagi setiap jawapan. | Kedua-dua ayat yang dinyatakan merupakan ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis di dinding. (Ayat majmuk pancangan relatif yang) Ayat pertama : Sanjay sedang mewarna mural. Ayat Kedua : Mural itu dillukis di dinding. Penggunaan kata hubung yang menunjukkan ayat tersebut ayat majmuk pancangan. b) Kin Ho berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat. (Ayat majmuk keterangan cara) Ayat di atas mempunyai ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil iaitu kata hubung dengan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 497 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
Pagi lagi,Karim telah mandi kerana mahu mengikut kakaknya berkelah di tepi pantai.(ADA SALAH AYAT INI? | Saudara Ho, Menerusi ayat yang dikemukakan di atas tidak terdapatnya kesalahan ayat. Namun untuk penggunaan ayat yang lebih gramatis, terdapat sedikit penambahan dalam ayat menerusi penambahan di bawah. 'Sejak dari pagi lagi, Karim mandi kerana mahu mengikut kakaknya berkelah di tepi pantai' | Tatabahasa | 22.09.2012 |
1)Mak Eton menggelek adunan kuih itu sehingga sebati.2)Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuaah kerana akan menikmati pendapatan yang lumayan.(ADA SALAH TAK?) | Saudara Ho, Kedua-dua ayat yang dikemukakan betul dari aspek tatabahasanya, namun untuk ayat yang kedua lebih gramatis jika 'Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuah, kerana akan menikmati pendapatan lumayan.' | Tatabahasa | 03.10.2012 |