apakah maksud fatwa? | Fatwa perkataan yang berasal dari Arab iaituĀ keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil itupun ~lah dengan tiada berilmu pengetahuan; memfatwakan memberikan fatwa. | Makna | 18.01.2013 |
dari manakah asal usul perkataan "petua"?.. adakah ia berasal dari perkataan arab "fatwa"? harap dapat dijelaskan terima kasih. | Petua merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud nasihat, petunjuk, atau panduan yang berĀguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. F atwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); | Tatabahasa | 28.08.2013 |
Kepada Pihak DBP, nama saya saw, saya ingin bertanya soalan seperti yang saya lampirkan dalam pertanyaan ini. Maaf komputer tidak dapat taip perkataan berkenaan. Saya ingin tanya perkataan ini sama dengan "maqasid al-shariah"? atau merupakan istilah agama yang berlainan? Adakah istilah atau perkataan yang saya lempirkan bermauksud: "the attainment of good, welfare, advantage, benefits and warding off evil, injury, loss of the creatures"? Maaf, saya bukan muslim tetapi ingin tahu maksud. | Ya sama. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan frasa maqasid syariah dengan maksud tujuan yang dikehendaki oleh syarak dalam mensyariatkan suatu hukum untuk kemaslahatan umat manusia. Secara ringkasnya, dalam agama Islam, lima aspek dalam maqasid syariah adalah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mengikut hukum syarak iaitu peraturan yang telah ditetapkan dalam agama ini. Maqasid syariah adalah untuk menjana kebaikan atau kebahagiaan individu, keluarga, masyarakat dan ummah, serta memelihara sistem, memakmurkan dunia dengan cara membawa kepada kebaikan dan kesempurnaan manusiawi di dunia dan akhirat. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. | Makna | 29.09.2023 |
Salam. Saya ingin bertanya, adakah panduan untuk penggunaan perkataan-perkataan berikut dalam sesuatu ayat: syariat, syariah, syarii, dan syarak? Terima kasih. | Syariat, syariah dan syarak ialah perkataan yang sama dalam bahasa Arab yang bermaksud hukum Islam, sebutannya berbeza kerana kedudukan (pada awal, tengah atau akhir ayat) dan fungsi kata tersebut dalam ayat bahasa Arab, manakala syarii bermaksud mengikut hukum Islam. | Istilah | 09.06.2011 |