Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Institut Jantung Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata IJN


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
RAMAI yang menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilalihan 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN) oleh konglomerat Sime Darby Berhad. Apakah maksud 'konglomerat' ?Konglomerat ialah firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian.Istilah20.12.2008
Selamat tengahari, saya inging meminta bantuan untuk memeriksa terjemahan visi, misi dan nilai-niali teras seperti yang di lampirkan.

1. Menjadi peneraju kecemerlangan pada peringkat global dalam penjagaan kardiovaskular dan torasik.

2. Kami berusaha untuk menyediakan tahap penjagaan yang berkualiti dan selamat dengan mengutamakan kehendak pesakit.
3.
Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan cemerlang.
4.
Kami akan menerajui bidang penyelidikan, pembangunan dan latihan untuk membangunkan tahap keupayaan penjagaan kardiovaskular dan torasik. 

5. Kami akan menjadi majikan terbaik yang sentiasa meningkatkan keupayaan anggota untuk memajukan organisasi dan kerjaya. 

6. Objektif kami adalah untuk memastikan kedudukan kewangan kami berdaya tahan. 

7. Kami ialah anggota profesional yang melaksanakan tugas dengan jujur, berintegriti dan bertanggungjawab ke atas tindakan kami.  

8. Kami akan sentiasa menyesuaikan diri dan berusaha untuk membangunkan organisasi dan menimba ilmu pengetahuan serta mencari penyelesaian yang inovatif. 

9. Kami akan bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap aktiviti yang dilakukan berkualiti. 

10. Kami beriltizam untuk memastikan kejayaan dan sumbangan IJN dalam bidang perubatan dan kemasyarakatan.  

11. Kami sentiasa mempunyai satu tujuan; dan bekerja sebagai satu pasukan dengan penuh hormat dan saling mempercayai.  

12. Kami melayan pelanggan dengan harapan dapat memenuhi keperluan mereka.
Penyemakan dan penterjemahan08.11.2017

Kembali ke atas