Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Institusi Pengajian Tinggi Awam, mis Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata IPTA


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. 1.Apakah bahasa pengantar yang perlu digunakan dalam IPTA? 2.Adakah penggunaan Bahasa Melayu wajib di IPTA? 3.Mana perkataan yang betul; Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima kasih.

Bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar utama di IPTA. Walau bagaminanpun selaras dengan perkembangan pendidikan global IPTA diberi kebenaran untuk mengendalikan kursus pengajian tertentu dalam bahasa Inggeris dengan syarat bahasa Melayu hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib.

Pengunaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Daripada aspek tamadun penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu kerana pembinaan bahasa itu disandarkan kepada tamadun Melayu. Walau bagaimanapun mengikut keputusan pihak Kabinet Malaysia perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat. 

Lain-lain27.03.2011
Seorang pensyarah IPTA menggunakan perkataan “anda” ketika memberikan kuliah kepada pelajar-pelajarnya. Mohon pandangan pihak tuan. Terima kasih.Kata ganti nama diri kedua "anda" boleh digunakan dalam konteks ini.Istilah13.11.2009
definisi sistem kuota dalam bidang kemasukan ke IPTA

Kuota bermaksud: bilangan maksimum sesuatu yg diperuntukkan, dibenarkan atau ditetapkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem kuota dalam bidang kemasukan ke IPTA, sila hubungi kementerian yang berkenaan (Kementerian Pengajian Tinggi). 

Lain-lain13.08.2009
1. Mengapa bahasa Melayu tidak dapat digunakan 100% dalam sistem penyampaian, penerimaan dan pengguna di IPTA Malaysia. 2. Mengapa hanya lulus (Kepujian) Bahasa Malaysia diperingkat SPM untuk kemasukan IPTA sahaja sedangkan IPTS tidak diperlukan.

Encik Zulkarnain

Soalan saudara ini lebih melibatkan dasar kerajaan. Terdapat sebab tertentu dan telah menjadi peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah ITPA ATAU IPTS tersebut.

Lain-lain23.07.2010
adakah pelajar IPTA boleh memilih tempat untuk melakukan Latihan Industri,misalnya di Kelantan?

Salam sejahtera,

 

Sekiranya tuan memilih untuk menjalani Latihan Industri di DBP, permohonan rasmi perlu dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur dan disertakan dengan surat pengesahan daripada IPTA.

Tuan boleh nyatakan lokasi untuk menjalani latihan industri, misalnya di DBP Wilayah Timur (Kelantan). Namun begitu, penempatan pelatihan industri di pejabat cawangan/wilayah adalah bergantung kepada kesesuaian bidang pengajian dan keperluan di pejabat berkenaan. Penentuan akan dibuat oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain18.02.2009
Seperti yang sedia maklum, bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan namun mengapa kebanyakan IPTA di negara kita menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar selepas mendapat pengiktirafan ISO? Walaupun pihak Kementerian Pelajaran ingin melahirkan para pelajar yang mampu bertutur dalam bahasa inggeris adakah perkara ini wajar dilakukan oleh pihak IPTA?Sekian terima kasih.Kerjasama pihak tuan amat saya hargai.Usul untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan telah diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (1957) apabila negara kita mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang tunggal dalam menggantikan bahasa Inggeris. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967  (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
  • Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;
  • Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;
  • Digunakan dalam semua rekod kerajaan;
  • Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan
  • Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.
Sesungguhnya IPTA tidak sewajarnya menjadi bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.  Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pelbagai seminar, persidangan, ceramah, syarahan, wacana ilmu dan bicarawara . Bagi menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan masyarakat, penyebaran maklumat bahasa turut dilakukan melalui media cetak dan elektronik melalui penerbitan sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian, ruangan Munsyi Dewan dan Forum Pelajar dalam sisipan Pendidikan keluaran Utusan Malaysia. Pedoman bahasa juga dimuatkan dalam ruangan Cintai Bahasa Kita dalam Berita Harian dan siaran Teleinfo Bahasa menerusi RTM TV2. Bagi memantapkan usaha memperkasa bahasa Melayu di seluruh Negara, DBP Cawangan (Sabah dan Sarawak) dan DBP Wilayah (Utara, Timur dan Selatan) turut memainkan peranan dalam menyebarluaskan maklumat bahasa melalui media. DBP juga melaksanakan projek Khidmat Nasihat Bahasa bagi tujuan meningkatkan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. DBP juga menerbitkan kamus istilah yang mencecah 1 juta istilah yang merangkumi pelbagai bidang ilmu, pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, misalnya dalam bidang iklan khidmat bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan. DBP juga mewujudkan Karyanet, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. Usaha mengetahui dengan lebih terperinci, langkah-langkah DBP dalam memperkasakan bahasa Melayu, bolehlah menghubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu 03-2148 1960
Lain-lain26.08.2008
Saya ingin bertanya. Selalunya pelajar sekolah rendah dipanggil murid. Pelajar sekolah menengah dipanggil pelajar. Manakala pelajar di universiti dipanggil mahasiswa @ mahasiswi. Manakala pelajar di peringkat IPTA @ IPTS pula diberi gelaran apa?Pelajar pada peringkat IPTA dan IPTS juga dipanggil sebagai mahasiswa dan mahasiswi.Tatabahasa12.10.2015
IPTA= Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTS= Institusi Pengajian Tinggi Swasta (adalah kata nama khas) Soalan: Adakah institusi pengajian tinggi adalah kata nama khas? Perkataan ini "institusi pengajian tinggi" digunakan untuk merujuk kepada maktab/universiti/kolej secara am. Mohon pencerahan. Terima kasihInstitut pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta ialah kata nama am, tetapi lazimnya dalam menulis singkatan kedua-dua frasa nama itu dieja dengan huruf besar seperti IPTA dan IPTS.Tatabahasa29.08.2012
saya ingin meneruskan pengajian di ipta..permohonan saya ditolak..saya mengharapkan bantuan...

Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas semangat dan keinginan saudara untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saudara perlu sentiasa beringat bahawa bukannya mudah untuk mencapai kejayaan. Ia memerlukan ketekunan dan keazaman yang tinggi. Tabah menghadapi kegagalah kerana kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran. Oleh itu jika saudara gagal untuk mendapat tempat di IPTA jangan putus asa, cari jalan penyelesaian yang lain seperti mendapatkan tempat di IPTS yang penting matlamat untuk saudara menyambung pelajaran dan memperoleh kejayaan akan tercapai di suatu hari nanti insyaallah.

Sekian selamat belajar dan selamat memperoleh kejayaan yang cemerlang

Lain-lain11.05.2010
MAKSUD PENGURUSAN MASA BAGI PELAJAR IPTAPengurusan masa bermaksud bagaimana seseorang membahagikan masa untuk menjalankan sesuatu kerja, urusan, dan lain=lain secara bersistem. Aspek pengurusan masa amat penting dalam bidang Pengurusan; sama ada dalam hal pentadbiran, diri, mesyuarat, projek dan sebagainya. Hal ini juga berkaitan dengan penjadualan kerja atau perancangan. Sila rujuk buku-buku dalam bidang Pengurusan bagi mendapatkan penjelasan terperinci berkaiatan perkara ini.Lain-lain10.02.2008
12345678

Kembali ke atas