Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ISA

Puisi
 

Bawal tambak bawal cermin,
     Ketiga dengan bawal Pak Isa;
Tuan tak hendak saya tak ingin,
     Sama-sama tidak merasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tahun sebelum masihi dan tahun masihi.Tahun masihi dihitung dari tarikh Nabi Isa dilahirkan dan tahun sebelum masihi ialah tahun sebelum peristiwa kelahiran nabi Isa.Makna12.02.2009
Yang mana paling tepat: a) Anak-anak lelaki talhah ialah/ adalah Muhammad as Sajjad, Imran, Isa, Ismail ....Anak-anak lelaki Talhah ialah Muhammad as Sajjad, Imran, Isa, Ismail ....Tatabahasa29.11.2011
salam 1 Malaysia. Saya ingin membuat pertanyaan tentang penggunaan noktah bagi perkataan berikut di hujung ayat. Contoh ayatnya. ayat 1: Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s. atau ayat 2: Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s.. noktah di belakang a.s. perlu diletakkan satu atau dua bagi hujung ayat. Ayat 1 atau 2 mana satu yang betul.Dua tanda noktah perlu dibubuh dalam keadaan yang tersebut, noktah pertama bagi singkatan dan noktah kedua bagi penutup.Tatabahasa11.06.2013
Salam Sejahtera, Saya Khairunesa Isa merupakan Tutor di UTHM yang sedang mengikuti pengajian di peringat Phd di UTM Skudai, Johor. Saya ingin bertanya kepada pihak DBP adakah pihak DBP menyediakan perkhidmaan untuk menyemak hasil translation yang telah saya lakukan bagi borang soal selidik saya. Bagaimana kaedah atau proses yang perlu saya lakukan untuk tujuan perkhidmatan tersebut? Sebagai makluman, saya menjalankan kajian dalam Bahasa Melayu dan saya telah membuat translation dari B. Inngeris ke B. Melayu. Saya perlu membuat semakan dan pengesahan pakar terhadap translation tersebut agar hasil kajian saya dapat menjawab objektif kajian dan tidak lari dari maksud asal soal selidik yang telah di ambil. Saya mengharapkan maklu balas dari pihak DBP dengan kadar segera. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama pihak DBP. Sekian, terima kasih.Untuk makluman saudara, khidmat nasihat bahasa tidak menyemak teks yang lebih daripada 100 patah perkataan. Kami cadangkan saudara berhubung dengan Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) untuk mendapatkan khidmat terjemahan/semakan dan pengesahan dokumen tersebut.Lain-lain15.05.2011
Adakah semua perkataan Melayu yang dieja pada hujungnya huruf "a" berbunyi "e" ? Contoh: Musa, Isa, Putra Jaya, Juta, Minda, Liga, Merdeka, Malaysia, Korea, Cuba (nama negara) dan banyak lagi. Saya sering mendengar berita radio yang kadang-kadang disebut "a" dan kadang-kadang disebut "e".Bunyi dan sebutan "a" a yang betul bagi perkataan yang hujung hurufnya "a" dan bukannya berbunyi "e". Bagaimanapun bagi stesen radio dan penyiaran di Malaysia, sebutan bagi perkataan pinjaman hendaklah sebutan baku dan bagi perkataan lain ialah Johor-Riau. Harap maklum.Lain-lain18.09.2007
Saya ingin mencari no perhubungan, email atau alamat dua penulis ini: 1. Dinsman 2. Dr Shaari IsaSoalan yang dikemukakan ini tidak berkaitan dengan perkhidmatan kami iaitu, memberi perkhidmatan khidmat nasihat bahasa, sastera, penerbitan, pengurusan, korporat berkenaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lain-lain28.12.2016
Adakah suatu istilah lain yang dapat digunakan bagi merujuk "bible" selain daripada Injil? Ini kerana, Injil merupakan sebuah kitab yang diturunkan Allah kepada Isa alaihis salam, sedangkan "bible" adalah suatu rekaan manusia yang terang-terangan bukan wahyu Allah subhanahu wataala. Pada pendapat saya, menyatakan "bible" sebagai Injil merupakan suatu pendustaan dan menghina ajaran Islam.

Buku istilah DBP menterjemahkan bible menjadi Injil dalam bahasa Melayu, hal ini sememangnya membawa kepada perbincangan yang lebih lanjut di kalangan sesetengah pihak dan pihak DBP mengambil maklum perkara ini, terima kasih.

Lain-lain21.10.2008
Bagaimana cara sekolah berminat melanggan majalah Dewan Pelajar?Untuk melanggan majalah Dewan Pelajar, tuan boleh menghubungi Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Encik Isa Khamis di talian 0123219456.
Lain-lain23.08.2013
Bagaimanakah cara untuk melanggan majalah Dewan Siswa dan Majalah Pelita Bahasa?Sila hubungi
 
Sdr boleh menghubungi Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Encik Isa Khamis di talian 0123219456.
Lain-lain15.01.2012
Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim dengan ini Perasmian Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman telah selamat disempurnakan oleh: Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa. BETUL KE AYAT INI?

Cadangan:

Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim.. Saya dengan ini.. merasmikan Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman.

 

 

Lain-lain13.05.2009
12

Kembali ke atas