Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep International Standard Book Number. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ISBN


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah proses dan langkah untuk saya menerbitkan buku saya sendiri? Untuk permohonan nombor ISBN, apakah yang perlu saya sediakan dan berapakah jumlah bayaran pendaftaran ISBN yang berkenaan? Terima kasih.Wkm salam wbkt. Proses yang lazim dilalui ialah menilai, menyunting, menyemak dan mencetak buku tersebut. ISBN dikawal oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Oleh itu setiap permohonan untuk mendapatkan ISBN perlulah diajukan kepada pihak PNM.Lain-lain24.11.2012
bagaimana caranya untuk mendapatkan ISBN bagi buku yang sedang dicetak dan untuk dijualISBN dikeluarkan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia. Sdr boleh menghubungi pihak tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain18.04.2011
soalan 1 apakah maksud ISSN yang ada pada setiap muka depan majalah dan bagaimana pula dengan ISBN yang ada pada buku. soalan 2 apakah maksud HAKCIPTA dan penerangan tentang nya. terima kasihISSN ialah International Standard Serial Number, manakala ISBN ialah International Standard Book Number. Hak cipta ialah perlindungan hak intelektual atau produk sesuatu institusi atau individu yang dilindungi undang-undang.Lain-lain05.01.2007
Saudara/saudari, Saya ingin menerbitkan sebuah buku kesihatan berkaitan dengan urologi. Setakat ini, buku itu telah dikarang, tetapi kita ingin medapatkan nombor ISBN. Dimana dan bagaimanakah nombor ini boleh didaftarkan? Terima kasih atas petunjuk saudara/saudari, Yang Ihklas, TongSoalan saudara kurang jelas namun saya rasa apa yang saudara mahukan ialah dimanakah boleh mendapat Nombor ISBN (International Serial Book Number). Nombor ISBN perlu dimohon kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Jalan Tun Razak dan didaftarkan dengan PNM. Tugas ini selalunya dilakukan oleh Penerbit.Lain-lain13.12.2009
Assalamualaikum... Saya Pn Mazni telah mengeluarkan Buku Agama Panduan Solat dan ingin mendapatkan pengesahan tulisan jawi serta isi kandungan buku tersebut serta No Pendaftaran ISBN. Bagaimana cara dan procedure yang telah ditetapkan oleh DPB bagi pengeluar buku persendirian utk dan utk dipasarkan. Harap pihak DBP dapat memberikan maklumat yg dapat membantu sy menyelesaikan masalah ini. Perhatian dan kerjasama Pihak DBP amat dihargai dan didahului dgn ribuan terima kasih... wassalam Pn Mazni 0126606864

Waalaikummussalam,

Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat penilaian, penyuntingan dan pemasaran untuk buku yang diterbitkan oleh orang perseorangan atau pihak lain. Nombor ISBN pula dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Kami cadangkan puan  menghubungi pihak Perpustakaan Negara Malaysia untuk maklumat selanjutnya mengenai ISBN.

Lain-lain28.03.2011
Merujuk kepada Buku Teks Sains Darjah 5 halaman 11 ISBN 983-62-8859-7, saya mendapati kekeliruan tafsiran istilah antara 'chicken pox' dengan 'measles'. Sepanjang pembelajaran saya, 'chicken pox' ialah demam campak manakala measles ialah 'cacar air' dan sebaliknya yang diterbitkan di dalam buku tersebut. Kedua-duanya berpunca daripada virus yang berbeza. Harap Tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih.

Merujuk soalan anda, kedua-dua istilah berkenaan, iaitu chicken pox - cacar dan measles - campak adalah tepat dengan merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Malah penggunaan perkataan ini juga diguna pakai dalam laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, kementerian Kesihatan Malaysia. Anda boleh merujuk laman web ini. sekian terima kasih.

chicken pox: http//www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php

measles: http//www.infosihat.gov.my/media/bahanPameran/Pam%20Imunisasi/PDF/Pos_Imum_29.pdf

Lain-lain11.04.2011
saya ingin menerbit satu buku berkenaan dengan penyakit prostat di kalangan lelaki berumur 50 ke atas. saya ingin memohon no ISDN dari dewan pustaka.Pertama perlu saya betulkan tentang Nombor yang diminta iaitu Nombor ISBN iaitu International Serial Book Number dab bukannya ISDN. Nombor ini perlu didapatkan daripada pihak Perpustakaan Negara Malaysia yang menjaga ISBN untuk Malaysia.Lain-lain20.10.2009
Bagaimana hendak menyediakan format manuskrip sebelum dihantar kepada penerbit. Bagaimana Hendak mendaftarkan ISBN di Perpustakaan Negara Malaysia

 

 Salam sejahtera,

Maklumat untuk kedua-dua soalan tuan dilampirkan.

Lain-lain20.09.2011
Saya sudah menyiapkan CD berserta 5 buah buku bergred berkaitan kaedah membaca tanpa mengeja. Bagaimanakah caranya memperoleh HAK CIPTA TERPELIHARA dan mendapatkan kod ISBN, dan apakah langkah-langkah yang patut saya buat untuk memperbanyakkan untuk edaran di pasaran ?

1. Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis.

2. Perkhidmatan International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan diberikan secara PERCUMA kepada semua penerbit di Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai ISBN/ISSN/PDP boleh dengan menghubungi Pusat Bibiligrafi Negara, Perpustakaan Negara Malaysia,Tingkat 18, Menara TH Selborn, 153, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur di talian 03-26871700 samb. 4288 / 03-26814329. 

Sekian. Terima kasih.

Lain-lain29.07.2007
saya ber nama Afeeyah ingin bertanya buku kemahiran membaca.terimakasih atas pertanyaanBerikut antara buku yang boleh dirujuk;

Judul Penerbit Keluaran Tahun Terbit ISBN Mengajar Membaca - Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca Tiada Tiada 2004 983-192-111-9 Panduan mengajar kemahiran membaca Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1994983-62-3968-5
Tatabahasa07.11.2013
12

Kembali ke atas