Salam tuan di talian, Penggunaan kata sendi nama manakah yang tepat dalam ayat contoh di bawah. 1. (a) Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan seni ukirannya. atau (b) Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal oleh keunikan seni ukirannya. Sekian, terima kasih, | Kedua-dua ayat itu betul, namun kata sendi nama dengan lebih kerap digunakan, iaitu Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan seni ukirannya. | Tatabahasa | 01.08.2012 |
Salam sejahtera. 1. Saya ingin tahu 5 perkataan dalam bahasa Iban dan 5 perkataan dalam bahasa Kadazan yang bunyinya hampir sama dengan bahasa Malaysia. 2. Sila berikan ayat dalam bahasa Iban dan bahasa Kadazan untuk ayat berikut: a. Apa khabar? b. Siapakah nama awak? c. Awak tinggal di mana? d. Bolehkah saya bantu? e. Marilah kita ke sana. | Silahubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP (03-21418423/2815/2813) atau Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (088-439260) untuk saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 18.12.2008 |
Selamat sejahtera, Lelaki Iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat. (ngajat, "n" perlu huruf besar? | Tarian Ngajat sebagai kata nama khas perlu ditulis huruf awalnya dengan huruf besar. | Tatabahasa | 18.06.2012 |
I wish to know if DBP have any more copies of the Translation book of Iban - English. If it is available, can I know where I can obtain it, or if I can purchase it from DBP, what is the price if I want to courier it to Sibu? Thanking you in anticipation. | Buat masa ini, DBP tidak mempunyai buku seperti yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, saudara boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia atau pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini. | Lain-lain | 04.10.2009 |
Apakah yang dimaksudkan dengan sebutan etnik? | Perkataan yang berkaitan dengan etnik seperti Iban, Kadazan dan lain-lain. Setiap etnik mempunyai bahasa masing-masing. Saudara boleh merujuk buku-buku ini untuk panduan, iaitu: 1. Hubungan etnik di Malaysia oleh Zaid Ahmad, Dr.[et.al] 2. Ikatan etnik dan kelas di Malaysia Sanusi Osman UKM Bangi 1989 3. Pembangunan etnik di Malaysia Hasnah Hussiin PEMIKIR 01/04/2007 4. Pengaruh nilai-nilai etnik dalam pengurusan organisasi di Malaysia Rusinah Siron Dewan Ekonomi | Istilah | 18.06.2010 |
Kekeliruan rakyat tetap timbul mengenai istilah bahasa Melayu dan bahasa Malaysia. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi yang mendukung sebagai bahasa Kebangsaan. Persoalannya mengapa istilah bahasa Malaysia digunakan dalam konteks ini.Bukankah bahasa Malaysia itu mencakupi bahasa Melayu,bahasa Mandarin,bahasa Kantonis,bahasa Tamil. bahasa Iban,bahasa Kadazan dan lain-lain? Mengapa DBP tidak bertegas dalam soal ini? | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Istilah | 06.09.2009 |
Kenapa banyak kata-kata daripada etnik Sabah dan Sarawak tiada dalam Kamus Dewan? | Kamus Dewan terbitan DBP Edisi pertama diterbitkan pada 1970, kemudiannya dikemaskinikan pada 1984, 1989 dan 10090. Untuk pengetahuan anda, di dalam Kamus Dewan Edisi Pertama ini hanya memuatkan perkataan yang telah sedia terkumpul pada masa itu. Seterusnya Kamus Deewan Edisi Ketiga diterbitkan pada tahun 1994 telah memasukkan 50 kata sukuan daripada Sabah dan Sarawak yang terpilih sebagai kata masukan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula memutuskan perkataan yang berkaitan dengan etnik seperti Iban, Kadazan dimasukkan sebagai entri tambahan. Selain itu, sebenarnya kata-kata sukuan juga diterbitkan dalam Buku Kata Bahasa Sukuan untuk Perbendaharaan Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP tahun 1988. Harap maklum. | Lain-lain | 26.09.2006 |