Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Indoor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan paling sesuai untuk frasa "indoor pollution."Terjemahan yang sesuai bagi frasa "indoor pollution" ialah pencemaran dalam.Makna05.05.2020
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang tepat dalam BM. Bahasa Inggeris: Indoor Cricket Stadium Terjemahan ke BM menurut pendapat rakan-rakan: 1) Stadium Kriket Tertutup 2) Stadium Kriket Dalam Dewan Pada pendapat saya, pilihan pertama adalah betul, tetapi saya kurang pasti. Harap dapat membantu. Terima kasih.Terjemahan yang tepat ialah Stadium Kriket Tertutuo.Penyemakan dan penterjemahan23.09.2015
Salam, dalam sukan olahraga terdapat beberapa istilah Inggeris yang tiada padanan dalam bahasa Melayu. Berikut adalah beberapa istilah yang saya maksudkan: 1) Dip finish, 2) Split time, 3) Speedwork, 4) Staggered start, 5) World Indoor Championship. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah yang telah saya senaraikan adalah berkenaan dengan bidang sukan terutamanya olahraga. Saya harap tuan dapat membantu saya mendapatkan padanan yang sesuai bagi istilah-istilah tersebut. Terima kasih atas bantuan pihak tuan.Untuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada dalam pangkalan data DBP. Sila kemukakan istilah tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai atau untuk dibincangkan dalam Jawatankuasa Istilah Semasa. Cadangan terjemahan untuk "World Indoor Championship" ialah Kejohanan Olahraga Dalaman Sedunia.Istilah09.10.2012

Kembali ke atas