| upstream and downstream industry | industri huluan, industri hiliran | Makna | 07.05.2007 |
| Apakah maksud " perniagaan huluan dan perniagaan hiliran"? Contoh ayat: membantu mewujudkan industri sokongan dan sampingan dengan membangunkan perniagaan huluan dan perniagaan hiliran | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan "hiliran" bermaksud industri, projek, aktiviti dan sebagainya yang berkembang daripada kegiatan utama. Oleh itu, "perniagaan hiliran" merupakan aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan yang lain, contohnya pembuatan kereta telah mewujudkan perniagaan hiliran, iaitu servis dan penjualan kereta. Perkataan "huluan" pula bermaksud industri, projek dan sebagainya yang mula-mula diusahakan, dilaksanakan dan sebagainya sebelum sesuatu kegiatan utama. Oleh itu, "perniagaan huluan" merupakan perniagaan teras yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi. Perniagaan ini biasanya melibatkan aktiviti perniagaan yang berasaskan semula jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain-lain. | Makna | 31.12.2021 |
| Assalamualaikum wbt tuan/puan, Di sini, saya inginkan bantuan tuan/puan berkenaan terjemahan yang saya lakukan untuk beberapa istilah bidang, iaitu dalam bidang perpaipan (industri gas dan minyak). Ayatnya adalah seperti yang berikut: Teks sumber (TS) 1. Confirm the following valves are in place: - 1" globe valve upstream XV-30468 is open (U-6A) - 1" globe valve downstream FI-31277 is closed (U-6B) Teks terjemahan (TT) 1. Pastikan injap-injap berkenaan berada di kedudukan masing-masing: - injap glob 1" di huluan XV-31468 dibuka (U-6A) | Waalaikumussalam. Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Pastikan injap berikut berfungsi di kedudukan masing-masing: - injap glob 1" di huluan XV-31468 dibuka (U-6A) - injap glob 1" di hiliran FI-31277 ditutup (U-6B) Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.04.2017 |
| Mohon untuk semakan nama-nama kursus berikut untuk program Sijil Veterinar Malaysia: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan Industri | Ejaan yang betul dan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikiut ialah: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English - Komunikasi Bahasa Inggeris 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan Industri | Tatabahasa | 28.10.2020 |