Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.jil] | انجيل

Definisi : kitab suci agama Kristian, kitab Wasiat Baru: bahawa kisah ia menjadi seorang nabi itu ada tersebut di dlm kitab Taurat dan kitab ~; guru ~; penginjil ark Id guru Injil, orang yg mengajar agama Kristian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.jil] | انجيل

Definisi : kitab suci yg telah diturunkan oleh Allah kpd Nabi Isa a.s. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Injil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sebagai pengguna Wikipedia berasa keliru dengan pengunaan 'Injil'. Apakah istilah yang lebih sesuai untuk digantikan kerana penggunaan injil kerana penggunaan injil merupakan dari prespektif Islam sahaja. Pada dahulunya saya lihat laman itu ditulis bible tetapi sekarang ia ditulis alkitab. Saya harap pihak DBP mampu menyelesaian hal Wikipedia Melayu. Harap membantu.

Buku istilah DBP menterjemahkan bible menjadi Injil dalam bahasa Melayu, hal ini sememangnya membawa kepada perbincangan yang lebih lanjut di kalangan sesetengah pihak dan pihak DBP mengambil maklum perkara ini, terima kasih.

Lain-lain20.08.2008
Adakah suatu istilah lain yang dapat digunakan bagi merujuk "bible" selain daripada Injil? Ini kerana, Injil merupakan sebuah kitab yang diturunkan Allah kepada Isa alaihis salam, sedangkan "bible" adalah suatu rekaan manusia yang terang-terangan bukan wahyu Allah subhanahu wataala. Pada pendapat saya, menyatakan "bible" sebagai Injil merupakan suatu pendustaan dan menghina ajaran Islam.

Buku istilah DBP menterjemahkan bible menjadi Injil dalam bahasa Melayu, hal ini sememangnya membawa kepada perbincangan yang lebih lanjut di kalangan sesetengah pihak dan pihak DBP mengambil maklum perkara ini, terima kasih.

Lain-lain21.10.2008
Bagaimana menulis nama perjanjian. Perlukah diitalikkan atau bagaimana? Contoh: Penulis ingin menegaskan, Injil khususnya perjanjian baru iaitu Gospel of Matthew, Gospel of Mark, Gospel of Luke, dan Gospel of John, hanya kata-kata Jesus.Nama perjanjian tidak perlu ditulis dengan huruf condong.Ejaan26.03.2012

Kembali ke atas