apakah maksud inovatif? | Inovatif bermaksud merupakan/bersiafat inovasi iaitu sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru. | Makna | 18.01.2010 |
Adakah betul ayat tema "Inovatif menjana transformasi" atau "Inovatif teras transformasi" dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi | Perkataan yang lebih sesuai untuk tema ialah "Inovasi menjana transformasi", Inovasi teras transformasi dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi". | Tatabahasa | 16.05.2013 |
Ketepatan Tema: Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti. Bolehkah digunapakai? | Frasa "Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti" tidak tepat dari segi maknanya. Cuba lihat makna tiap patah kata satu per satu, transformasi bermaksud perubahan bentuk, kreativiti bermaksud kebolehan mencipta/daya kreatif, inovatif bermaksud bersifat inovasi dan berkualiti. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
beza makna inovatif dan isentif | rujuk kamus dewan | Lain-lain | 13.04.2007 |
Penggunaan perkataan progress untuk ayat Contoh : Bengkel Pembentangan Laporan Progress Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) | Bengkel Pembentangan Laporan Kemajuan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). | Tatabahasa | 18.01.2017 |
Motosikal ini mempunyai ciri-ciri yang inovatif serta reka bentuk yang lebih tegar. Bolehkah perkataa tegar digunakan? Jika tidak, apakah perkataan yang lebih tepat? T.kasih | Perkataan tegar tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana tegar lebih membawa kepada perasaan seperti keras hati, degil dan sebagainya. Cadangan kami, ialah 'Motosikal ini mempunyai ciri-ciri yang inovatif serta reka bentuk yang lebih menarik'. | Istilah | 19.01.2011 |
Berikut adalah tema konvensyen yang akan kami adakan. Mohon untuk menyemak tema mengikut bahasa melayu yang betul. a. Inovasi Kreatif Menjana Transformasi. ( ayat macam tergantung?) b. Inovasi Kreatif Penjana Transformasi.( inovasi kreatif menjadi subjek) c. Inovatif Penjana Transformasi(inovasi+ kreatif = inovatif?) D. Lain cadangan dari pihak tuan jika ada. | Tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu wacana. Tema boleh dihasilkan dalam bentuk ayat atau frasa. Pada pandangan kami, tema 'Inovasi Kreatif Menjana Transformasi' dan 'Inovasi Kreatif Penjana Transformasi', kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 12.04.2011 |
salam... Tuan/Puan, Soalan pertama: saya ingin mendapatkan maksud kepada perkataan Generasi Y. Soalan kedua: Berikut adalah salah satu tajuk seminar kami, adakah penggunaannya bahasanya betul?..."Kekal Kreatif Kekal Inovatif : Generasi Y". Soalan ketiga: Bolehkah kami mendapatkan beberapa tajuk seminar yang melibatkan "Generasi Y'. Sekian, terima kasih. Nurul (LIC, MPC) | Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Tajuk sesuai ialah "Generasi Y: Kekal Kreatif, Kekal Inovatif" atau "Generasi Y: Kreatif dan Inovatif". Belum ada lagi tajuk dan rujukan seminar tentang Generasi Y dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 06.04.2011 |
Kad Kredit-i dan Kad Debit-i kini boleh digabungkan dengan rangkaian produk-produk inovatif daripada Bank Rakyat untuk terus mencapai kemakmuran seisi keluarga. Kad Kredit-i / Kad Debit-i dengan Kelab Nuri dan Pilih salah satu produk berikut: | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 15.11.2017 |
PENUHI KEPERLUAN PERIBADI atau PERNIAGAAN Kemakmuran hidup anda sekelurga atau perkembangan perniagaan dapat dirancang dengan baik melalui gabungan rangkaian produk-produk inovatif dari Bank Rakyat. | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 15.11.2017 |