apakah maksud keamatan moral(moral intensity) | Mengikut data kami dalam bidang kebanyakan bidang termasuk psikologi, intensity diterjemahkan sebagai keamatan namun ada istilah tertentu menggunakan perkataan intensiti. Frasa moral intensity tidak ada dalam pangkalan data kami. DBP mencipta istilah dan memberikan padanan istilah berpandukan maksud istilah dalam bahasa sumber tetapi kami tidak mengubah maksud istilah dalam bahasa sumber tersebut. | Istilah | 01.01.2015 |
Apakah perkataan bahasa melayu yang tepat bagi perkataan berikut? 1. Accumulation 2. Interdependence 3. Intensity Terima kasih. | Soalan yang puan kemukakan terlalu umum. Pihak kami tidak jelas dengan apa yang puan perlukan. Adakah padanan bagi perkataan tersebut dalam bahasa Melayu? Istilah? Atau, sekadar makna? Sehubungan dengan itu, kami berikan makna untuk setiap perkataan. Jika puan inginkan maklumat lebih lanjut, mohon layari lama web kami iaitu, Intensity&d=69812&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Intensity&d=69812&#LIHATSINI 1. Accumulation bermaksud pengumpulan atau perhimpunan 2. Interdependence bermaksud saling bergantungan atau kesalingbergantungan 3. Intensity bermaksud perihal mendalam | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2019 |