Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi iridium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Id kep insinyur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya keliru dengan jawatan-jawatan yang ada dalam bidang kejuteraan. kadang-kadang saya jumpe mengunakan istilah Ir seperti Ir Abdul Halim. Kadang-kadang saya jumpa Sr seperti Sr Izam Bakar. Apakah makna disebalik istilah Ir dan Sr? Adakah istilah Ir dan Sr diterima dalam bahasa Melayu?Dalam Kamus Dewan edisi keempat, Ir ialah singkatan untuk insinyur yang bermaksud jurutera. Sr. tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, setelah merujuk dalam Internet, Sr adalah daripada perkataan "surveyor" yang bermaksud juruukur. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang perkara ini, tuan boleh merujuk kepada Jabatan Kerja Raya.Makna10.03.2013
bagi seseorang yang mempunyai gelaran Ir. Dr. pada nama, apakah tanda hormat gelaran yang dalam persuratan? YBhg. Ir. Dr. atau salah satu gelaran profesional sahaja?Susunan yang betul ialah Ir. Dr. Walau bagaimanapun, dalam penulisan rasmi, sapaan yang digunakan untuk merujuk Ir. Dr. ialah Tuan. Contohnya, Tuan Ir. Dr. Muhammad. Perkataan Yang Berbahagia (YBhg.) digunakan untuk individu yang mempunyai gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato' atau Datuk, akan tetapi individu tersebut bukan wakil rakyat kerana sapaan untuk wakil rakyat ialah Yang Berhormat (YB).Ejaan14.09.2021
Saya ingin bertanya.. Setelah mendapat tittle Ir., apakah penggunaan susunatur yang betul . Ir. Raja Noraini binti Raja Yusof atau Raja Ir. Noraini binti Raja Yusof Terima kasihPenulisan yang betul ialah "Ir. Raja Noraini binti Raja Yusof", iaitu gelaran akademik hadir di hadapan nama.Ejaan30.07.2024
Sekiranya saya ingin menulis nama dengan gelaran Dato' Ir. Ts. Ahmad Firdaus bin Kamarazaman dalam huruf besar, bagaimanakah cara yang betul. Adakah DATO' Dr. Ir. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN atau DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN? Gelaran Dr. dan Ir. tersebut dalam huruf besar atau huruf kecil?Penggunaan yang betul ialah YBHG. DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN.Lain-lain11.11.2022
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai penggunaan Ir. (Enginieur). yang manakan penggunaan yang betul bagi 2 ayat berikut: 1. IR. DR. MOHD SYAHMI BIN ZAIDI 2. Ir. Dr. MOHD SYAHMI BIN ZAIDI Mohon pencerahan daripada pihak tuanCadangan jawapan yang sesuai ialah:

a)  IR. DR. MOHD SYAHMI BIN ZAIDI (sekiranya ditulis dengan huruf besar)
b)  Ir. Dr. Mohd. Syahmi bin Zaidi (sekiranya ditulis dengan huruf kecil)
Lain-lain28.07.2023
Bagaimanakah penulisan 'Short Form' untuk Jurutera 'Engineer' dalam Bahasa Melayu? Contoh: Ir. Mohd Salaim bin Ali Adakah betul penggunaan (Ir.) tersebut?

'Ir.' ialah kependekan 'Insinyur' (Jurutera). Penggunaan Ir. dalam contoh yang diberikan adalah betul.

Lain-lain08.10.2008
Seorang individu yang memiliki dua gelaran profesional iaitu Ir. dan Ts. telah menerima Ijazah Doktor Falsafah yang turut membolehkan beliau menggunakan geralan Dr. Bagaimanakah kaedah penulisan gelaran (susunan) bagi individu tersebut dalam penulisan rasmi? 1) YBrs. Dr. Ir. Ts. Ahmad bin Abu; 2) YBrs. Dr. Ts. Ir. Ahmad bin Abu; 3) YBrs. Ir. Ts. Dr. Ahmad bin Abu; atau 4) YBrs. Ts. Ir. Dr. Ahmad bin Abu?Jawapan yang betul ialah "YBrs. Ir. Ts. Dr. Ahmad bin Abu"Lain-lain14.07.2023
Manakah yang betul: 1) PROF. IR. TS. DR. MUHAMMAD 2) PROF. Ir. Ts. DR. MUHAMMAD

Cara penulisan yang betul sekiranya huruf besar dan huruf kecil digunakan digunakan ialah  PROF. IR. TS. DR. MD YUSOF BIN HAMID atau Prof. Ir. Ts. Dr. Md Yusof bin Hamid

Lain-lain10.08.2022
Salam. Bagaimanakah cara menulis gelaran "Ir." di dalam tulisan Jawi? Adakah "اينسيڽور" daripada istilah "Insinyur" boleh dipakai atau hendak dikekalkan dengan menulis "اءي. ار."? Terima kasih.Ir. ialah kependekan kepada insinyur, iaitu jurutera. 


Ir. = اي. ر.
Insinyur = اينسينيور

Lain-lain27.08.2021
1. Tuan, dalam konteks Malaysia, adakah singkatan "Ir." bagi Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia) dan lulusan universiti tempatan atau United Kingdom merujuk kepada gelaran "Insinyur" atau "Ingenieur"? Di Eropah, singkatan "Ir." adalah untuk gelaran "Ingenieur". Bukankah istilah "Insinyur" berasal dari Bahasa Indonesia dan bermaksud sarjana keteknikan lulusan negara tersebut? 2. Seperkara lagi, apakah sebutan yang betul untuk singkatan "Ir."? Apakah ianya disebut dengan nama penuh "Ingenieur/Insinyur" atau I R (disebut dengan dua huruf ini sahaja) kerana dalam sesetengah majlis rasmi ada pengacara majlis menyebutnya dengan sebutan I R sahaja. Dalam masa yang sama, singkatan "Dr." tidak pula disebut D R tetapi dengan nama penuh "Doktor".Dalam Kamus Dewan, ejaan "Ir" dilabelkan sebagai bahasa Indonesia dan kependekan bagi Insinyur. Sedikit maklumat yang kami peroleh, mengikut amalan di negara kita gelaran "Ir" d iberikan kepada jurutera bertauliah yang telah lulus ujian kelayakan profesional. Gelaran tersebut disebut mengikut ejaan huruf yang diwakili, iaitu Ir (I.R) sama seperti Ar (A.R) bagi Arkitek, berbeza dengan amalan di negara jiran kita yang menyebut dengan ejaan penuh Insiyur. Untuk amklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pihak Lembaga Jurutera Malaysia, pihak yang berwenang dalam hal berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2015
123

Kembali ke atas