Ayat yang mana betul . "Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) " Atau "Majlis serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Kepada Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP)" | Ayat yang betul ialah Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). | Tatabahasa | 03.03.2009 |
Di malaysia, orang yang belum masuk Islam dikenali sebagai "orang bukan Islam" sebagai kata lawan kepada "orang Islam". Frasa "orang bukan Islam" sebenarnya tidak logik kerana Islam merujuk kepada satu set ajaran. Dalam bahasa inggeris, mereka dikenali sebagai "non-muslim". Soalan: Adakah frasa "orang bukan muslim" adalah lebih tepat? Frasa ini sebenarnya mengandungi masalah kerana "muslim" merujuk orang islam kepada yang lelaki menurut kamus dewan. Ataupun Adakah "orang tidak Islam" boleh diterima? Di sini, Islam dianggap sebagai kata adjektif. maka perkataan "tidak" digunakan. | Non-muslim boleh diterjemahkan kepada orang bukan Islam atau orang bukan muslim. Betul Kamus Dewan menakrifkan muslim sebagai lelaki Melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanpun dalam penggunaan harian kita biasa menggunakan kata nama khas untuk lelaki bagi mewakili lelaki dan perempuan terutamanya bagi khalayak umum dan sasaran yang tidak diketahui lelaki atau perempuan. Contohnya penggunaan kata nama tuan dan saudara kadangkala digunakan untuk kedua-dua jantina. Bukan ialah kata nafi untuk nama dan frasa sendi nama. Islam ialah kata nama, oleh itu frasa "orang tidak Islam" tidak gramatis. | Istilah | 13.06.2012 |
Ejaan bagi agama Islam. Sama ada "Agama Islam" atau "agama Islam". Mana yang betul? | Ejaan yang betul ialah "agama Islam". | Ejaan | 27.06.2011 |
Apakah objektif pengurusan Islam. | Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. | Makna | 17.10.2006 |
1. penggunaan bahawa?? 2. Bolehkah menggunakan perkataan Ini diawal ayat? 3. Kejayaan kita menjadi... Islam sebagai addin......menjadikan Islam atau menjadi Islam? 4. penggunaan adalah dan ialah??? 5. Bolehkah menggunakan perkataan Yang diawal ayat? 6. Bolehkah menggunakan yang merupakan dalam ayat? 7. Bolehkah menggunakan kata tanya seperti bila, bagaimana, siapa.... dalam pernyataan ayat? 8. | 1. Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar. 2. Boleh. Fungsi kata hubung ini adalah untuk menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. 3. ...menjadikan Islam 4. Kata pemeri ialah digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. Cth. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif. Cth. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. 5. Boleh. 6. Soalan ini tidak jelas. 7. Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. | Tatabahasa | 27.03.2013 |
bilakah DBP mula mengeluarkan bahan sastera kanak-kanak islam di Malaysia?, apakah antara tajuk sastera kanak-kanak islam yang dikeluarkan di Malaysia sepanjang penubuhan DBP? siapakah penerbit sastera kanak-kanak Islam di Malaysia? bagaimanakah perkembangan sastera kanak-kanak Islam di Malaysia? bagaimanakah munculnya penerbitan sastera kanak-kanak Islam di Malaysia? | Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja tidak mempunyai bahan-bahan yang saudara kehendaki kerana pihak kami tidak mengkhusus kepada sastera kanak-kanak Islam sahaja. Boleh dikatakan semua karya yang diterbitkan mempunyai nilai-nilai Islam, sama ada dari segi nilai-nilai murni, etika dan sebagainya. Saudara boleh mencari jawapan kepada soalan saudara dengan menghubungi Pusat Pengajian Melayu, Dewan Bahasa dan Pusataka, atau pergi ke mana-mana perpustakaan di tempat saudara. | Lain-lain | 28.08.2008 |
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ILMU YANG DIKUASAI ORANG ISLAM DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI | Sila rujuk bahan ini : Cabaran Tamadun Islam Pada Alaf Baru Di Malaysia Mustafa Daud Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2002 . Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah Dalam Tamadun Dunia Jilid 1 Hodgson, Marshall G. S. Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2 . Pengenalan tamadun Islam di Malaysia Abdullah Jusuh Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1989 | Lain-lain | 17.09.2007 |
saya nak tanya, orang bukan islam panggil apa kepada orang islam yang dah meniggal dunia? allahyarham atau arwah atau ada nama lain? | Gelaran untuk orang lelaki beragama Islam yang telah meninggal dunia ialah allahyarham, manakala gelaran untuk orang perempuan Islam pula ialah allahyarhamah. kata arwah digunakan apabila menyebut orang Islam yang telah meninggal dunia. Harap maklum. | Makna | 05.12.2007 |
Assalamualaikum... Saya nak tanya, adakah betul penggunaan huruf besar dan huruf kecil bagi perkataan 'Pendidikan Islam' dalam ayat: 1. Guru pendidikan Islam 2. Mata pelajaran Pendidikan Islam Wassalam, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: 1) Guru Pendidikan Islam 2) Mata pelajaran Pendidikan Islam. | Lain-lain | 23.03.2007 |
Assalamu'alaikum saya wan ahsani pelajar daripada UKM Bangi.Saya ingin bertanya apakah perbezaan penggunaan istilah institusi pengajian tinggi Malaysia dengan institusi Pengajian Tinggi di Malaysia?Mengapakah menggunakan perkataan 'Pengajian Islam" contoh Fakulti Pengajian Islam tetapi bukan Pendidikan Islam? terima kasih atas segalanya | 1. Kedua-dua- frasa "institusi pengajian tinggi Malaysia" dengan "institusi Pengajian Tinggi di Malaysia" sama sahaja maknanya. 2. Pengajian bermaksud penyelidikan yang mendalam atau terperinci dan pendidikan ialah perihal mendidik. Oleh itu, Fakulti Pengajian Islam ialah frasa yang betul kerana pengajian di peringkat yang lebih tinggi lebih mendalam dan terperinci. | Tatabahasa | 18.04.2013 |