Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benang dll yg disirat utk sesuatu tujuan (spt menangkap ikan, burung, dsb, juga di­gunakan dlm permainan dll); menahan (me­rentang) ~ memasang jaring; jaring-jaring jala-jala; ~ bahu Id bahagian dada di bawah bahu; menjaring menangkap (ikan dll) dgn jaring: dia ~ ikan di sungai itu; ~ angin prb me­lakukan pekerjaan yg sia-sia; menjaringkan memasukkan sesuatu ke dlm jaring: dia telah dapat ~ empat gol; terjaring termasuk (dlm) jaring, termasuk perangkap, tertangkap; jaringan 1. sesuatu yg menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagian-bahagian hidupan yg terdiri drpd sel-sel yg serupa (tela); ilmu ~ tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yg telah masuk (dlm) jaring; penjaringan perbuatan menjaringkan; penjaring orang yg menjaringkan sesuatu (bola dsb): ~ terbanyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Joint Advanced Research Integrated Networking (iaitu sistem perangkaian komputer yg dikendalikan oleh MIMOS). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : benang dll yg disirat utk sesuatu tujuan (spt utk menangkap ikan, digunakan dlm beberapa jenis permainan dll). menjaring menangkap (ikan dll) dgn jaring: Ayah sedang ~ ikan. menjaringkan memasukkan ke dlm jaring: ~ bola memasukkan bola ke dlm jaring (gol). terjaring masuk ke dlm perangkap atau masuk ke dlm jaring; terperangkap. jaringan (bilangan) gol (yg telah masuk ke dlm jaring): Pasukan A mengalahkan pasukan B dgn lima ~ tanpa balas. penjaringan perbuatan (hal dsb) menjaring atau menjaringkan. penjaring orang yg menjaring atau menjaringkan (bola dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata JARING

Peribahasa

Laksana jauk penjauk yang kerap.

Bermaksud :

Terlalu kikir. jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mereka sedang menarik tali jaring badminton itu. Perkataan berlawan bagi menarik ialah ( menyorong, melepaskan, mendorong, menghulur )Antonim bagi menarik ialah menolak. Bagi perbuatan menarik jaring badminton, antonim bagi perkataan tersebut memasang jaring.Tatabahasa20.07.2013
bola sepak, bola jaring ialah kata majmuk atau sekadar frasa nama? nilai berhemah tinggi atau nilai hemah tinggi? nilai hormat-menghormati atau nilai menghormati?Bola sepak dan bola jaring ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa yang betul ialah nilai berhemah tinggi dan nilai hormat- menghormati.Tatabahasa17.02.2011
Pengujian KNDBP - selepas pertukaran JARING ke TMUjian.Lain-lain17.03.2012
definisi sepak raga??Sepak raa sama dengan sepak takraw iaitu sejenis permainan dengan bola raga yang memakai jaring di tengah gelanggang.Makna11.09.2009
Salam sejahtera Tuan, Soalan-soalan dpd pihak panitia BM sekolah saya: 1. Bolehkah "Terdapat" dan "Ada" digunakan untuk permulaan ayat? Cth: Terdapat/Ada banyak ikan di dalam kolam itu. 2. Adakah penggunaan "di" dan "oleh" dalam ayat-ayat di bawah ini betul? a) Pertandingan bola jaring dianjurkan oleh sekolah Kim Sen. b) Pertandingan bola jaring dianjurkan di sekolah Kim Sen. c) Kasut-kasut yang dijual di kedai baharu itu murah dan bermutu tinggi. d) Kasut-kasut yang dijual oleh kedai baharu itu murah dan bermutu tinggi. Terima kasih atas bantuan dpd Tuan.Terdapat dan ada ialah kata kerja dan kata kerja sebagai predikat hadir di tengah ayat, kecuali dalam ayat songsang. Dalam kedudukan songsang keseluruhan predikat mesti hadir di pangkal ayat. Contohnya, susunan biasa: Banyak ikan terdapat di dalam kolam, susunan songsang: Terdapat di dalam kolam banyak ikan.Tatabahasa31.07.2012
Salam sejahtera..... Di sini saya ada beberapa keraguan tentang penggunaan bahasa yang memerlukan penjelasan dan tujuk ajar pihak tuan. 1) Yang manakah ayat berikut benar penggunaan bahasanya? i) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. ii) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu seluas dengan gelanggang bola jaring ini. 2) Saya sering menghadapi masalah ketika menerangkan penggunaan imbuhan me...kan dengan me...i dan me.... pada situasi ayat yang berlainan. Namun muri-murid saya tetap keliru dan kurang memahami. Berikut, saya memetik beberapa ayat contoh yang menimbulkan keraguan. i) Emak sedang menghiaskan ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajar mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemui sebentuk cincin di halaman rumah. Sedangkan jawapan yang saya peroleh ialah : i) Emak sedang menghiasi ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemukan sebentuk cincin di halaman rumah. Justeru, saya amat memerlukan tunjuk ajar pihak tuan agar dapat membantu saya merungkai masalah saya. Penjelasan ini amat penting bagi saya memantapkan pengajaran saya dalam bahasa Melayu serta keberkesanan tahap kefahaman murid saya...... Sekian, terima kasih daun keladi dan salam sejahtera........1. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Untuk imbuhan me-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Untuk pengetahuan Puan, buku-buku rujukan yang diterbitkan oleh penerbit luar (bukan DBP), kebanyakan mereka tidak sangat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul.Tatabahasa15.05.2010
Assalamaualaikum Encik, tolong bantu saya untuk memastikan ayat-ayat berikut betul atau perlu dipinda. terima kasih. 1) Izat bersikap seperti ibu dan ayahnya yang selalu membantu penduduk kampung yang hidup dalam kesusahan kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. 2) Pakaian abang yang kotor di dalam baldi itu akan saya basuh pada pagi esok. 3)Pasukan bola jaring sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. / Pasukan sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. 4) Permasalahan sosial dalam / di kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama daripada semua pihak. 5) Kak Yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa/yang kenalan lamanya hendak datang ke rumah. 6) Kehidupan Abang Imran menjadi porak-peranda sejak/setelah diberhentikan kerja pada/sejak tiga bulan yang lepas. 7) Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia dengan secepat yang mungkin. 8) Cikgu Badrul menyiapkan/menyediakan/membuat/membina sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar.Ayat 1, 2 dan 3 adalah betul. Manakala ayat 4 ialah 'Permasalahan sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama semua pihak. 5. Kak yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa kenalan lamanya hendak datang ke rumah. Soalan 6 adalah betul. 7. Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia secepat yang mungkin. 8. cikgu Badrul menyiapkan sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
maksud perkataan balam,kandis,damar,tengar,mendengut,serapah,serati,selara

Balam maksudnya sejenis burung atau nampak kurang jelas, kandis maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, damar maksudnya bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok, tengar maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), mendengut maksudnya berbunyi dengut (seperti bunyi burung puyuh, atau gong yang dipalu), serapah maksudnya kutuk atau sumpah, serati maksudnya gembala gajah, selara maksudnya bulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan.

Makna01.11.2009
Selamat Pagi. Saya, seorang guru sekolah rendah yang baru mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. Saya ingin menanya beberapa soalan yang berkaitan dengan penggunaan kata. Bolehkah 'dalam' digunakan di depan perkataan 'rumah'? Seperti ayat : Adik sedang berehat di dalam rumah. Bolehkah 'sepakan' diikuti dengan perkataan 'pantas'? Seperti ayat: Sepakannya yang pantas telah menerjah bola ke jaring gol. Harap kalian dapat memberi bimbingan kepada saya, budak yang baru. Sekian, terima kasih.Kedua-dua ayat : Adik sedang berehat di dalam rumah dan Adik sedang berehat di rumah betul. Dalam ayat kedua perkataan yang lebih sesuai ialah kuat. Tatabahasa03.04.2008
Salam saya menghadapi masalah dalam menterjemahkan istilah-istilah Inggeris berikut ke dalam bahasa Melayu. Saya memohon bantuan pihak tuan. 1) the racket, held in a forehand grip, is taken back with a cocked wrist, 2) Forehand Clear Smash Drop Shot, 3) Backhand Drive Net Shot, 3) Underarm Lift Net Shot, 4) Forehand Overhead Clear, 5) The Backhand Net Lunge, 6) The Net Kill, 7) The Drop Shots. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah tersebut digunapakai dalam sukan Badminton.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk frasa yang diberikan. Walau bagaimanapun, berikut saya senaraikan istilah yang terdapat dalam Glosari Sukan Badminton terbitan DBP.
1. racket - raket
2. forehand grip - genggam depan
3. forehand smash - smesy depan
4. drop shot - syot junam
5. drive - pukul kencang
6. backhand - kilas
7. net shot - syot jaring
8. underarm - aras siku
9. forehand - depan
10. overhead backhand clear - pukul tedas kepala
11. overhead backhand - pukul kilas kepala
12. net - jaring
13. lunge - gerak maju
14. kill service (to) - mematikan servis
Istilah09.10.2012

Kembali ke atas